Viral di media sosial sejak Khamis lalu, video dashcam seorang penunggang motosikal diragut sehingga terjatuh.
Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Lencongan Timur berhampiran Petronas Bandar Mutiara sebelum Mydin Sungai Petani, Kedah, dua peragut terbabit menunggang motosikal Honda Wave PNE1019.
Berdasarkan rakaman video tersebut, dua suspek dilihat mengekori belakang kereta perakam video yang kemudian menghampiri seorang penunggang motosikal lalu meragut begnya sehingga mangsa terjatuh.
Suspek kemudian memecut laju memotong kereta perakam tanpa menyedari aksi mereka telah dirakam dengan jelas.
Susulan viral video itu, nombor pendaftaran dan gambar dua suspek terbabit mula tersebar di media sosial.
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun turut tampil mendedahkan pernah menjadi mangsa kepada suspek yang sama di mana dia telah diragut ketika menunggang motosikal.
"Suspek kemudian menyuruh saya membuka tempat duduk motosikal dan terus mengambil dompet, iPhone 5S dan terus melarikan diri," katanya.
Difahamkan, dua suspek terbabit telah ditahan dan motosikal yang digunakan dalam kejadian itu turut dirampas untuk tindakan lanjut.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter http://bit.ly/2I5AqHk
via IFTTT
No comments:
Post a Comment