loading...
  • Breaking News

    Friday, October 25, 2019

    Jodoh Dipisah Ajal, Bakal Pengantin Maut Dua Hari Sebelum Nikah


    MERSING - Hanya berbaki dua hari lagi, pasangan pengantin ini bakal diijabkabul namun ALLAH sebaik-baik perancang.

    Bakal pengantin, Amir Izzat Mahfar meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 22 Oktober lalu

    Tunang mangsa, Nur Husna Haron Narashid berkongsi kisah duka itu menerusi akaun Facebook miliknya dan tular di media sosial.

    Kata Husna, "Assalamualaikum semua, mohon sedekahkan al-Fatihah buat tunang saya yang tercinta. Beliau telah meninggal dunia dalam perjalanan untuk 'fitting' baju. Kemalangan berselisih dengan kereta di selekoh berhampiran Politeknik, Mersing.

    "Doakan moga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan dipermudahkan segala urusan. Amin," tulisnya.


    Ramai netizen sedih apabila semua tempahan persiapan di majlis perkahwinan dan kad walimatulurus sudah pun diedarkan kepada kenalan rapat dan tarikhnya adalah 26 Oktober ini.



    Pada hantaran yang sama netizen turut mengucap takziah di atas pemergian tunang Amir Izzat.

    Apa yang berlaku sungguh memilukan mengikut rakan arwah yang bernama Mohammad Guntur dia amat rapat dengan arwah dari zaman darjah 1 lagi dia juga mengatahu yang arwah amat meminati tunang nya Husna dari zaman sekolah rendah lagi.

    Apabila meningkat dewasa mereka hanya berhubung melalui laman sosial dia juga bersyukur yang rakan baiknya itu dapat melunaskan hasratnya untuk bertunang dengan insan yang dia minat dari zaman sekolah rendah lagi.

    Namun segala hasrat dan keinginan rakan baik nya itu diduga hasratnya untuk menjadi suami yang sah kepada Husna tidak kesampai apabila ajal menjemput nya 2 hari sebelum ijabkabul dan 3 hari sebelum majlis kenduri pernikahan berlangsung.

    Semoga Husna keluarga nya dan keluarga arwah tabah dengan apa yang berlaku yang maha esa lebih sayang kan Amir Izzat semoga rohnya tenang disana.Al fatihah.

    Sumber: Sinar Harian via accidentportal.net


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Naa0W5
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment