loading...
  • Breaking News

    Monday, October 21, 2019

    Lelaki Didakwa Pukul Pak Guard Guna Kayu Golf, Tak Puas Hati Kereta Kena "Clamp" Parkir Di Tempat OKU


    Tindakan seorang lelaki yang didakwa memaki hamun, memukul serta menumbuk pengawal keselamatan dipercayai warga Nepal sempat dirakam dan tular di laman media sosial malam tadi.

    Video kejadian tersebut yang mula dimuatnaik di laman Facebook itu mendapat kritikan dari warga net. Lebih-lebih lagi apabila ia didakwa terjadi kerana pemuda berkenaan tidak berpuas hati tayar keretanya dikunci ketika diletakkan di ruang parkir Orang Kurang Upaya (OKU).


    Dalam hantaran yang dimuatnaik oleh laman KL Traders Square itu, mereka mendakwa bahawa salah seorang penyewanya telah bertindak memukul pegawal keselamatan dengan menggunakan kayu golf.


    “Maafkan saya, saya perlukan bantuan di sini. Petang tadi, seorang telah memarkir keretanya secara haram di ruang letak kereta OKU. Penyewa ini malah telah menggunakan kayu golf untuk memukul pengawal keselamatan kami. Sekarang kami sedang mencari orang-orang ini. Jika anda mempunyai sebarang maklumat, sila maklumkan kepada saya.”


    Menurut laporan terkini, suspek telah pun ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

    Kesiannya guard tu, meleleh darah bila dia lepaskan tangan


    Sakit tu, dia jalankan tugas je majikan kena tanggung kos rawatan guard ni


    Guard tu jalankan tugas je, kenapa aniaya dia macam tu?


    Sungguh memalukan orang malaysia perangai ibl*s budak ni


    Sedap je tibai orang guna barang, guna tangan la kalau kuat sangat


    Sumber: Siakapkeli.my


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2qxPjvL
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment