loading...
  • Breaking News

    Friday, October 25, 2019

    Menurut Kajian, Wanita Cantik Tidur Sebelum Jam 11 Malam


    Tanyalah pada mana-mana wanita, semuanya pasti ingin sentiasa kelihatan cantik dan sihat. Sebenarnya ada cara mudah untuk kekal cantik dan sihat yang perlu wanita ikuti iaitu dengan tidur awal.

    Caranya anda hanya perlu tidur sebelum jam 11 malam. Ini kerana jika anda tidur lebih jam 11 malam hingga 3 pagi, anda cenderung untuk makan kudap-kudapan berlemak selain minuman manis.

    TIDUR LEWAT MENGGANGGU PROSES PELANGSINGAN & MUDAH GEMUK

    Tabiat buruk itu beri kesan pada metabolisme tubuh dan mengganggu proses pelangsingan. Patutlah tak kurus-kurus.


    Menurut kajian yang dilakukan ke atas 85,000 responden oleh produk Jawbone, mereka yang tidur sebelum jam 11 malam lebih banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding mereka yang tidur selepas jam 11 malam.

    KULIT JADI KUSAM, BERJERAWAT & BERMASALAH JIKA SUKA TIDUR LEWAT

    Selain mengganggu proses menguruskan badan, tabiat berjaga hingga lewat malam membuatkan kulit menjadi kusam, mudah berjerawat dan kering.

    Kajian juga mendapati, sekiranya anda amalkan rutin masuk tidur sebelum jam 11 malam selama setahun, ia mampu menurunkan berat badan sehingga 3 kilogram tanpa perlu berdiet.

    Jadi kenapa nak bersusah payah dengan pelbagai produk. Ada hanya perlu tidur awal untuk kekal sihat dan cantik tanpa mengeluarkan sesen pun.


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2pPRgDm
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment