Semalam tular satu hantaran yang dimuatnaik oleh salah seorang pengguna Facebook, Cek Rozz Jannah yang memaparkan kejadian pilu didakwa terjadi di Kulim, Kedah.
Gambar seorang wanita tua terduduk sayu di kerusi dipercayai sedang menanti anaknya itu tersebar di dinding media sosial mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib wanita berkenaan.
Mohon bantuan sampai dapat kepada ahli keluarga. Baru berlaku.
Makcik ni dok tunggu anak dia, tadi turun kereta anak dia mai beli barang di kedai Raja Ali Taman Sungai Kob. Anak tak datang ambik lagi, dari resit kedai beli barang sekitar jam petang tadi. Sampai sekarang tak datang ambik lagi.
Tanya rumah di mana, dia bagitahu duduk Pantai Prai, Anak duduk di Penang. Anak tak datang ambik lagi, jadi mungkin orang awam akan bantu hantar pergi balai Sungai Kob.
Dia bagitahu anak pergi basuh kereta. Kedai basuh kereta ada depan tu saja, sebelah ABC Buah Sungai Kob. Tak nampak kereta biru pun. Anak dia naik kereta biru dia bagitau tadi, yang hantar anak perempuan.
Masa nak turun kereta beli barang anak dia dah bagi beg kain baju suruh bawak turun sekali, jem macam ni. Tak tahu apa tujuan buat macam tu.
Menurut dakwaan, nama wanita itu Aishah, umur 80, anak nama Jannah, dia dapat bantuan JKM rm300 bulan-bulan, kad pengenalan anak pegang. Keadaan terkini, dia dilaporkan ada dia Balai polis Sungai Kob.
Dalam masa yang sama, ada pihak yang mendakwa bahawa bahawa pihak polis telah menghubungi keluarga wanita berkenaan.
Pihak polis dah hubungi pihak keluarga, anak dia taknak bela dah, kes dipanjangkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
Anak beliau tidak mahu menjaga dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, anak derhaka
Bukan nak bukak aib sesiapa, tapi biar kisah ni jadi pengajaran, sampaikan kepada saudara terdekat
Mak boleh bela 10 anak, tapi anak belum tentu dapat bela seorang mak
Bagilah kat aku mak hang oi, aku dah 13 tahun hidup tanpa mak
Sedihlah macam ni, kenapa anak dia buat mak macam ni
Anak jenis ni mai bagi penyepak je, jenis tak kenang jasa mak
Gamak dia takmau bela, hilang satu doa yang tiada hijab antara Allah
Sumber: Cek Rozz Jannah via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/35RPj9R
via IFTTT
No comments:
Post a Comment