loading...
  • Breaking News

    Tuesday, October 22, 2019

    Selalu Menyusahkan Hidup, Anak Sanggup Jual Ibu Dengan Harga RM3


    Makin menjadi-jadi, apabila baru-baru ini tular mengenai seorang anak tergamak menjual ibunya yang sudah berusia dan mempunyai penyakit secara online dengan harga RM3.

    Difahamkan kejadian itu dilaporkan berlaku di Jawa Timur, Indonesia. Malah, menerusi perkongsian jualan tersebut, anaknya turut melemparkan kata-kata kesat terhadap ibunya sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

    Menurut si anak yang dikenali sebagai Friska Meile itu, dia mahu menjual ibunya kerana sering menyusahkan hidupnya. Malah, turut membenci ibunya kerana sakit sehingga menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan belanja banyak untuk menyara ibunya.


    Lebih mengundang kemarahan apabila gadis itu turut menyakan ibunya dengan haiwan. Gadis itu turut mengatakan jika diberi pilihan dia tidak mahu dilahirkan oleh wanita itu.


    Perkongsian gadis tersebut dikecam teruk oleh netizen dan gadis itu dilaporkan telah menutup akaun Facebooknya.


    Bagaimanapun pihak polis daerah Blitar sedang berusaha mencari pemilik akaun Facebook itu dan kesahihan mengenai posting itu masih lagi disiasat.




    UPDATE..

    Susulan viral itu, akaun Facebook Friska telah dinyahaktifkan. Oleh kerana tidak tahan dikecam netizen, Friska kembali mengaktifkan akaun Facebooknya dan menjelaskan ada sebab mengapa dia begitu benci dengan ibunya. 

    "Klarifikasi mengenai post aku yang viral! Ada sebab kenapa aku benci orang tua aku. Kalau orang tua aku boleh buat aku bahagia dari dulu, pastinya aku tak akan melawan. 

    "Dulu aku disuap dan apa-apa saja aku nak, diturutkan. Tetapi sekarang bila aku dah kerja, bukannya nak membantu mencari duit, malah buat dompet aku semakin nipis.

    "Kalau disuruh pilih, aku pun tak nak dilahirkan dalam rahim busuk dia," katanya. 

    "Dasar anak derhaka," itu reaksi netizen terhadap posting Friska. 

    Susulan viral posting itu, tampil seorang wanita yang mendakwa gambarnya telah disalahgunakan untuk individu di sebalik akaun Facebook itu untuk tujuan yang tidak baik. 


    Lapor Detik.com, pasukan Jenayah Siber, Polis Blitar juga mengesahkan akaun tersebut adalah akaun palsu. Walaupun begitu, pihak polis sedang giat berusaha mengesan identiti individu di sebalik akaun tersebut. 

    Sumber: https://ift.tt/33PaHKZ


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2pC2wmK
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment