loading...
  • Breaking News

    Thursday, October 24, 2019

    Tiada Lagi Leher Besar, Icha Selamat Jalani Pembedahan


    “ALHAMDULILLAH pembedahan Icha hari ini berjalan lancar dan anak kesayangannya kami tidak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana pernafasannya dalam keadaan baik.

    “Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan serta menyumbang untuk Icha dan berkat doa ramai semuanya dipermudahkan,” kata Nur Atekah Mohd Yusof, 23.

    Nur Atekah adalah ibu kepada Nur Falisya Mardina Fahme Ridzuan atau nama manjanya Icha berusia 21 bulan yang menghidap penyakit cystic hygroma iaitu gejala abnormal yang terjadi pada leher atau kepala bayi.

    Menurut Nur Atekah, Icha selamat menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuang cecair yang menyebabkan leher anaknya itu membesar 3 petang tadi.


    “Icha mula dibedah pada 10 pagi dan kini dia berada dalam keadaan baik namun masih separuh sedar dan batuk serta muntah-muntah kerana kesan bius.

    “Sebaik sedar dia memanggil ‘ayah dan ibu’ serta mengadu sakit dan menangis minta dibuka tiub pada lehernya,” katanya ketika dihubungi.


    Katanya, dia bersyukur pembedahan itu berjalan lancar dan pasukan perubatan dapat membuang semua cecair di leher anaknya itu.

    “Icha kini dalam pemantauan rapi doktor dan fokus kami sekarang mahu Icha pulih sepenuhnya,” katanya.

    Harian Metro sebelum ini melaporkan, leher kiri Icha membesar dan mengandungi cecair atau air bisa dalam badan yang sepatutnya keluar melalui najis namun sebaliknya berkumpul di leher.

    Sumber: Harian Metro


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2qzzYKT
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment