Lambakan pendatang asing ke negara ini untuk mencari rezeki tidak mampu dibendung lagi.
Walaupun ramai yang ikhlas ke sini untuk menyara hidup dan keluarga, namun ada yang mula menunjukkan belang masing-masing sehingga mengancam keselamatan warga tempatan.
Satu rakaman video pendek semalam viral di Twitter mengenai kebiadapan seorang warga asing dipercayai rakyat Bangladesh terhadap orang kita.
Dengar jeritan pukul 1.30 pagi
JARANG AKU JUMPA ORANG HORNY KETUK PINTU!!— daniellll (@danielmokhtar_) October 21, 2019
Baca thread iya,maybe bosan but baca jella andd sorry quality camera cam nokia 3310๐๐๐ผfon ayah biasa la๐๐ป... pic.twitter.com/7YeUxvpVAE
Video berdurasi 2 minit 20 saat dimuatnaik pengguna Twitter Daniel Mokhtar yang menunjukkan lelaki Bangladesh terbabit dilihat seperti cuba memasuki rumah yang dikunci grillnya. Kelakuan biadap lelaki itu bagaimanapun diperhatikan pengawal keselamatan rumah flat berkenaan dan seorang perakam video.
Menurut Daniel, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin apabila dia terdengar suara perempuan menjerit meminta pertolongan. Menyangka hanya suara pergaduhan, suara berkenaan semakin lama semakin kuat didengarinya.
Apabila keluar dari rumahnya, individu itu melihat lelaki Bangladesh terbabit sedang berpaut di grill pintu rumah wanita terbabit. Penghuni wanita tersebut kedengaran ketakutan dan meminta pertolongan daripada pengawal yang berada diluar.
Setelah itu, warga asing berkenaan dilihat dipaksa meninggalkan tempat kejadian. Meskipun menunjukkan perbuatan kurang siuman seperti di bawah pengaruh alkohol, namun menurut pengguna Twitter terbabit, dia tidak menghidu sebarang bau minuman keras.
Sumber: Daniel Mokhtar via Ohbulan.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Bxul2k
via IFTTT
No comments:
Post a Comment