loading...
  • Breaking News

    Tuesday, October 22, 2019

    Wanita Paling Matang Adalah Wanita Pada Usia 30an


    Kematangan sesuatu yang sukar untuk diterangkan, hal ini kerana lain orang lain pula pendapatnya. Lelaki semakin meningkat usia mereka, semakin kacak dan laku. Wanita pula, semakin berusia, semakin matang dan diminati lelaki.

    Kematangan wanita ketika berumur 20-an di ukur dari segi personaliti luarannya, bagaimana dia menjaga kecantikkan tubuh badan dan wajah. Tetapi kecantikkan wanita ketika berumur 30-an adalah diukur dari segi cara mereka dalam mengendalikan kehidupan.

    Jika dibanding dengan wanita usia 20an, wanita yang berusia 30an biasanya lebih matang dan berpengalaman. Kalau dulu ramai yang dalam fasa ‘tercari-cari’, wanita 30an lebih berani untuk mengatakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ tanpa berasa ragu.

    Kebanyakan wanita 30an nampak lebih sofistikated dan bergaya berbanding zaman mudanya kerana pada masa ini mereka lebih selesa dengan diri masing-masing.


    Bagi yang bekerja, biasanya pada usia ini ramai yang sedang berada di ‘puncak’ kerjaya masing-masing. Ada yang dinaikkan pangkat, dah habis belajar Master / PhD, berjaya mengembangkan bisnes atau rasa seronok menguruskan anak-anak di rumah.

    Tak kira apa pun yang berlaku, wanita pada usia ini kebanyakannya berasa seronok dan puas dengan apa yang sedang diusahakan. Kurang rasa stres, serabut dan tension macam yang biasa dirasakan pada usia 20an dulu.

    Jadi tak kiralah berapa pun usia anda, percayalah setiap daripada memiliki kecantikan dan kematangan yang terletak pada hati masing-masing. Kalau matang di hati, yang lain pun akan matang. Kematangan ini mudah menjadi rebutan para lelaki di luar sana.

    Sumber: https://bukanaku.com


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2PeyRuF
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment