loading...
  • Breaking News

    Saturday, November 23, 2019

    Bengkel Kian Sepi, Mekanik OKU Sedih Pelanggan Makin Kurang


    Benar kata pepatah, ‘Di mana ada kemahuan di situ ada jalan’. Walaupun cacat kedua-kedua anggota tangan dan kaki, seorang lelaki sanggup bekerja sebagai mekanik demi menyara dirinya bersama isteri dan dua cahaya mata.

    Namun, sejak kebelakangan ini, bisnes membaiki keretanya semakin suram dari sehari ke sehari.

    Malah, menurut lelaki yang mesra dipanggil Pak Busu itu, jumlah kenderaan yang dihantar ke bengkelnya untuk dibaiki semakin berkurangan dalam keadaan serba kesusahan.



    Oleh itu, dia berharap agar mereka meninggalkan sentimen tersebut kerana dia memerlukan duit untuk menampung perbelanjaan seperti membayar sewa bengkel dan juga keperluan keluarga.


    Namun katanya, pelanggan tidak perlu ada rasa kasihan padanya kerana apa yang lebih penting, dia perlu mencari rezeki demi menyara isteri dan anak-anak di rumah.


    Sehubungan itu, Pak Busu merayu agar orang ramai kembali menghantar kenderaan mereka ke bengkelnya kerana hanya itu sahaja punca rezekinya ketika ini.


    Sementara itu, rata-rata metizen memuji kesungguhan Pak Busu dalam mencari rezeki yang halal walaupun serba kekurangan.

    Mereka juga berharap agar kehidupan Pak Busu dipermudahkan dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.



    Sumber: https://ift.tt/2TP95R3


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/35qf3ch
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment