loading...
  • Breaking News

    Tuesday, November 19, 2019

    Mengejutkan, Paru-Paru Lelaki Ini Bertukar Hitam Pekat Dipercayai Kerana Amalan Merokok Berpuluh Tahun


    Satu klip video yang menunjukkan paru-paru seorang lelaki berusia 52 tahun dipercayai merupakan perokok tegar selama 30 tahun tersebar baru-baru ini.

    Paru-paru sihat yang bewarna menjadi merah jambu kini bertukar menjadi warna hitam pekat seperti arang  akibat tersumbat dengan sisa tembakau akibat daripada amalan merokoknya itu.

    Paru-paru lelaki berkenaan yang meninggal akibat daripada merokok 

    Lelaki ini telah mendaftar sebagai penderma organ-organnya selepas kematian.


    Dia yang telah meninggal dunia akibat mati otak dan paru-parunya akan didermakan sejurus selepas kematiannya.


    Bagaimanapun doktor dari Hospital Rakyat Wuxi di Jiangsu, China telah mengeluarkan paru-paru milik lelaki berkenaan dan mendapati dia mempunyai masalah paru-paru yang tidak sihat.

    Pakar perubatan di sana memutuskan untuk tidak memberikan paru-paru tersebut kepada mana-mana pesakit kerana masalah paru-paru yang dihadapinya ituakibat daripada amalan merokonya pada tiga dekad yang lalu.


    Sumber: Dailymail via Siakapkeli.my


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2KAlZM1
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment