loading...
  • Breaking News

    Tuesday, November 19, 2019

    Uzur & Lumpuh, Lelaki Ini Tetap Layan Kehendak Ibu Mahu Makan Di Kedai Naik Motorsikal


    Kasih seorang ibu tiada tandingannya, itulah insan yang sanggup berkorban nyawa demi untuk melahirkan kita ke dunia ini. Cukup besar pengorbanannya, kerana itulah syurga di bawah telapak kaki ibu.

    Sejak daripada kecil, kita dijaga dan dibelai manja oleh ibu, justeru apabila dewasa tiada salahnya untuk kita berbuat perkara yang sama kepada mereka.

    Ibu sudah uzur & lumpuh

    Tular di media sosial baru-baru ini, memaparkan foto seorang anak lelaki dengan ibunya yang uzur meluangkan masa bersama-sama, telah mendapat perhatian netizen.


    Berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dengan nama akaun, Zack Zai memaklumkan, bahawa lelaki di dalam foto tersebut sering membawa ibunya yang uzur dan lumpuh keluar makan dengan menaiki motorsikal.


    Siap suap ibu makan…

    Dapat diperhatikan menerusi foto, lelaki tersebut menyuapkan ibunya makanan, mungkin kerana sudah terlalu uzur untuk makan sendiri, sekaligus membuktikan betapa besar kasihnya kepada ibu.


    Jagalah ibu selagi darah mengalir dari badan

    Begitu bertuah ibu ini memilik anak yang soleh. Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan memuji sikap lelaki tersebut yang disifatkan sebagai anak yang soleh.


    Satu dalam seribu anak seperti ini


    Biar kurang harta tapi kaya kasih-sayang


    Jadikanlah kisah ini sebagai satu contoh, hargailah ibu kita selagi masih ada, kerana ibulah harta yang paling bernilai di dunia ini dan tiada galang gantinya.

    Sumber : Zack Zai via https://borakdaily.com


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2KAtx1v
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment