Ribuan pekerja Bangladesh yang pulang ke negaranya untuk bercuti dan terkandas akibat wabak Covid-19, berdemonstrasi di hadapan bangunan Kementerian Luar Negeri pada Isnin, 2 November 2020 bagi menuntut dibenarkan untuk pulang ke Malaysia.
Menurut kumpulan penunjuk perasaan itu berkata, sebahagian besar visa mereka telah tamat tempoh dan tidak dapat kembali ke Malaysia. Pada waktu ini, terdapat kira-kira 25,000 pekerja warga asing yang terkandas di Bangladesh disebabkan pandemik Covid-19.
Mereka menuntut campur tangan dari pihak kerajaan agar mereka dapat kembali ke tempat kerja masing-masing di beberapa bandar-bandar utama di Malaysia.
Setiausaha Luar Negeri, Masud bin Momen memaklumkan kepada kumpulan itu bahawa kerajaan Bangladesh akan membincangkan perkara itu dengan pihak kerajaan Malaysia bagi mencapai kata sepakat dan seterusnya menyelesaikan masalah yang timbul.
Sementara itu, seorang pekerja migran, Md Mohiuddin berkata, dia pulang ke Bangladesh pada 28 Januari lalu dan dijadualkan kembali ke Malaysia pada 6 Mei. Tetapi perancangan itu tergendala disebabkan wabak Covid-19.
Mohiuddin berkata, visanya telah tamat tempoh pada 6 Mei lalu dan kini dia tidak pasti sama ada dia dan 20 lagi rakan pekerja lain dari kampungnya di Taltali, Barguna akan dibenarkan kembali.
Pekerja warga asing, Nazrul Kabiraj berkata, dia datang ke Malaysia sejak tiga tahun lalu menggunakan wang simpanan bapanya yang telah menjual tanah dan barang kemas ibunya.
"Saya belum dapat membayar perbelanjaan tersebut. Saya akan mengalami kerugian jika tidak dapat pulang ke Malaysia," katanya.
Kementerian Luar Negeri Bangladesh juga telah memohon kerajaan Malaysia mempertimbangkan isu-isu yang dibangkitkan diberi keutamaan apabila Covid-19 mulai reda dan membuat pengambilan baharu pekerja asing.
Wakil kumpulan penunjuk perasaan itu berpuas hati dengan jaminan Kementerian Luar Negeri dan berharap masalah mereka diselesaikan segera.
Dalam respon Malaysia berkata, pihaknya akan membenarkan pekerja warga Bangladesh masuk ke Malaysia setelah mendapat persetujuan daripada majikan walaupun visa mereka telah tamat.
Malaysia merupakan salah satu destinasi popular bagi pekerja Bangladesh. Bangladesh merupakan rakan dagang kedua tersebar untuk Malaysia di Asia Selatan, selepas India. Seramai 1,057,056 pekerja Bangladesh dikesan bekerja di Malaysia antara tahun 1976 dan 2019, menurut Biro Tenaga Kerja, Pekerjaan dan Latihan (BMET).
Tahun lalu, warga Bangladesh sahaja telah membuat pengaliran wang ke luar negara (hantar gaji ke keluarga di kampung) sebanyak $1.28 bilion (RM5.32 bilion).
from The Reporter https://ift.tt/3mRHE2T
via IFTTT
No comments:
Post a Comment