Takut berterus-terang dan dimarahi oleh ibu bapa, seorang remaja perempuan telah menyembunyi bayi lelaki yang dilahirkannya di dalam peti sejuk beku di garaj rumah keluarganya di Novosibirsk, Rusia, yang menyebabkan mangsa meninggal dunia.
Anastasia, 14, yang kini berada dalam keadaan kritikal di hospital, dilaporkan telah melahirkan bayinya secara diam-diam di rumah sebelum menyumbat mangsa ke dalam beg plastik lalu disorok dalam peti sejuk beku.
Ibu bapa dan guru-gurunya langsung tidak mengetahui Anastasia sedang hamil sebelum ini. Perkara itu terbongkar selepas Anstasia dibawa ke hospital dan menceritakan hal sebenar kepada petugas paramedik.
Menurut Anastasia, dia terpaksa menyembunyikan mangsa kerana dia terlalu takut untuk memberitahu perkara itu kepada ibu bapanya. Pada waktu kejadian, bapanya tiada di rumah kerana sibuk bekerja di ladang. Di kesempatan itu, Anastasia mengambil bayinya dan disorokkan dalam peti seju beku.
Pegawai penyiasat di Novosibirsk, Siberia, Nadezhda Boltenko berkata, pada malam itu Anastasia mengalami kesakitan yang luar biasa. Suara dia mengerang kesakitan telah menarik perhatian ibunya yang risau terus menghubungi ambulans untuk datang membawa anaknya ke hospital.
"Pada malam itu, ibunya terdengar anak perempuannya mengerang kesakitan dan menyangka anaknya mengalami masalah apendiks. Tetapi Anastasia sebenarnya sedang melahirkan anaknya tanpa bantuan sesiapa dan dia mengalami pendarahan teruk," katanya.
Setelah masuk ke dalam ambulans, Anastasia akhirnya membuka mulut dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada petugas paramedik yang dia telah bersalin secara sendirian dan bayinya disembunyikan dalam peti sejuk beku. Namun semua sudah terlambat, bayi itu tidak sempat diselamatkan dan meninggal dunia akibat kesejukan yang melampau.
Bapanya yang tidak mengetahui kejadian itu pulang ke rumah dan membuka peti sejuk beku itu untuk mengambil botol air sejuk tetapi terkejut apabila ternampak mayat bayi baru lahir yang membuatkan dia terkedu dan terdiam beberapa minit.
Sebelum ini, salah seorang jiran pernah bertanya kepada ibu Anastasia apakah anaknya itu mengandung. Tetapi ibunya hanya menjawab, Anastasia naik berat badan.
Siasatan awal polis mendapati, Anastasia pernah menjalinkan hubungan dengan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun. Tetapi perhubungan mereka telah berakhir pada musim panas yang lalu.
Sumber: Mirror
from The Reporter https://ift.tt/3jUDh5e
via IFTTT
No comments:
Post a Comment