loading...
  • Breaking News

    Wednesday, November 4, 2020

    Tusukan & serpihan mata pisau ditemui di leher mangsa


    Pemeriksaan pada badan mangsa, Siti Nur Surya Ismail, 19, mendapati terdapat kesan tusukan dan serpihan mata pisau yang ditemui di leher dipercayai menjadi punca kematian mangsa yang dibunuh oleh rakannya. 


    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, turut ditemui kesan tikaman berganda di beberapa bahagian badan mangsa yang juga dipercayai menjadi punca kematiannya. 


    "Akibat kecederaan itulah, mangsa mengalami pendarahan. Bagaimanapun kami masih menunggu hasil bedah siasat sepenuhnya daripada pihak hospital." katanya memetik laporan dari Sinar Harian, Rabu, 4 November 2020. 


    Sebelum ini, ada sumber yang mendakwa kejadian itu berlaku disebabkan hutang. Tetapi Mohd Marzukhi berkata, siasatan pihaknya pada masa ini masih menjurus kepada motif sindir menyindar dan kata mengata seperti yang dimaklumkan Isnin lalu. 


    Walaupun begitu, pihaknya akan menjalankan siasatan merangkumi semua aspek, termasuk yang diviralkan oleh netizen. 


    Ahad, 1 November 2020, Siti Nur Surya ditemui tidak bernyawa di ruang tamu rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu oleh adik perempuannya yang baru pulang dari sekolah. Susulan penemuan itu, polis telah menahan suspek yang juga rakan kepada mangsa, kerana dilihat keluar dari rumah mangsa pada hari kejadian, berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran. 


    Ketika disoal siasat, suspek mengaku telah membunuh mangsa. Suspek mendakwa mangsa merendah-rendahkan keluarganya dan mengata dirinya tidak cantik membuatkan dia berang lalu menyerang mangsa dengan pisau sehingga cedera parah. 


    Suspek dipercayai memotong pergelangan tangan kiri mangsa yang ketika itu dipercayai masih hidup, selain melarikan wang tunai, telefon bimbit dan alat kosmetik bagi mengambarkan mangsa telah dibunuh oleh penyamun, sebelum beredar dari tempat kejadian. 


    BACA LAPORAN BERKAITAN DENGAN KES PEMBUNUHAN SITI NUR SURYA ISMAIL



    from The Reporter https://ift.tt/2I77wJo
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment