Seorang lelaki tergamak membunuh bapa kandungnya sendiri hanya kerana masakan terlampau masin, selain mengaku dirinya berdendam ekoran sering diabaikan dalam kejadian yang berlaku pada Isnin, 15 Februari 2021, di Desa Kertosono, Indonesia.
Ketua Polis Tranggalek, Tatar Hernawan berkata, siasatan pihaknya mendapati, suspek, Fera Setyadi, 20, membunuh bapanya, Wajib, 50, kerana bermotifkan dendam lama.
"Suspek ketika memberi keterangan mengaku dia berbuat demikian didorong rasa dendam kerana sering diabaikan.
Difahamkan, suspek juga mengalami masalah gangguan jiwa dan kali terakhir mendapatkan rawatan di hospital pada September 2020. Polis mengarahkan suspek menjalani ujian psikiatri bagi mengetahui tahap masalah gangguan jiwanya.
Sementara itu, jenazah mangsa telah dibedah siasat yang keputusannya menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat dipukul.
"Terdapat beberapa kesan lebam di wajah, luka melecet dan 4-5 luka tikaman di bahagian kepala," katanya.
Sebelum kejadian, suspek sedang makan di rumahnya dan merasakan makanan yang dimasak oleh mangsa berasa masin. Suspek beranggapan mangsa cuba meracunnya. Suspek mengambil sabit, pisau dan tukul lalu menyerang mangsa sehingga tersungkur di depan rumah.
Saksi kejadian cuba membantu mangsa, tetapi dia turut dipukul oleh suspek sehingga terkena pada mata dan leher sebelum melarikan diri.
Selepas kejadian itu, suspek bersembunyi di dalam rumah. Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas datang ke lokasi dan menahan suspek untuk tindakan lanjut.
Polis turut merampas barang bukti seperti sabit dengan kesan darah, sebatang kayu, pisau dan tukul.
Sumber: Tribun News
from The Reporter https://ift.tt/2NeVsZj
via IFTTT
No comments:
Post a Comment