Larangan sudah jelas, tetapi malangnya masih ada yang gagal memahami larangan berkenaan tersebut dan membuang sampah di bawah papan tanda itu.
Viral di media sosial seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) membuang sampah di bawah papan tanda larangan membuang sampah di kawasan tersebut, mengundang pelbagai reaksi netizen.
Insiden yang tidak menyenangkan itu turut mendapat perhatian daripada pihak berkuasa yang kemudian datang ke lokasi. Pemeriksaan mereka berjaya menemui bungkusan plastik penghantaran barangan dibeli secara online yang tertera alamat penerimanya.
Berdasarkan alamat yang tertera itu, pihak berkuasa menjejaki pemilik sampah berkenaan sehingga ke depan pintu pagar rumah.
Menurut sumber, disebabkan perbuatannya yang tidak bertanggungjawab itu, individu terbabit dikenakan denda RM500.
Namun netizen tidak berpuas hati dengan jumlah denda tersebut yang dianggap terlalu rendah bagi mengajar golongan yang tidak bertanggungjawab yang dikatakan akan mengulangi lagi perbuatan mereka.
Netizen turut mempertikaikan mengapa individu terbabit tidak membuang sampah tersebut ke dalam tong sampah hijau yang diletakkan di hadapan rumahnya sendiri. Selain itu, semakan netizen mendapati bungkusan barangan yang dibeli itu adalah korset wanita.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/3d7Aoyf
via IFTTT
No comments:
Post a Comment