Kisah lima beradik hidup dalam keadaan serba kekurangan setelah ibu bapa mereka dipenjara kerana kesalahan dadah, mendapat perhatian dari pendakwah Ebit Lew.
Semalam, Ebit Lew memuat naik gambar dan video dia datang menziarahi lima beradik berkenaan untuk menghulurkan bantuan selepas terbaca mengenai mereka di media sosial.
"Sayu dan sedih tengok adik Nurul Farisha Mohd Ridhuan, 11 tahun, memasak menggunakan dapur kayu, jaga tiga adik kecil. Buat susu adik guna susu pekat manis menggantikan susu tepung. Adik paling kecil umur satu tahun. Dia dah tak sekolah, jaga adik. Tinggal bersama dengan datuk dan nenek yang sudah uzur. Mak dan ayah mereka pula dalam tahanan.
"Saya bersama makciknya tadi, daftarkan Faris dan Farisha ke Maahad Tahfiz Manzil Furqan Kota Bharu. Di sini ada pelajaran sains, subjek agama dan tahfiz. Cantik dan eksklusif, sebulan RM600. Terus hantar ke sini tadi, seronok adik-adik ini.
"Saya tanya kenapa nak sekolah? Jawabnya, nak berjaya macam ustaz, nak tolong mak, ayah dan adik-adik. Rindu nak belajar dan bahagiakan keluarga.
"Masa nak pergi semua atuk nenek, jiran, pakcik makcik semua menangis. Sampai kami pun menangis. Teringat anak dekat rumah. Beratnya ujianMu wahai anak. Maafkanlah kami lambat membantu.
"Terima kasih kepada mak saudara yang akan menjaga adik-adiknya. Terima kasih Ustaz Fadhli Shaari dan pegawai JKM yang lebih awal menziarahi dan membantu serta bersama memberi perhatian. Terima kasih kepada penghulu dan masyarakat sekitar, terima kasih zakat, penderma PKUM, NGO di Kelantan, Raja Anita," katanya.
Farisya terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga adik beradiknya selepas ibu bapanya dipenjara atas kesalahan dadah. Walaupun di usia 11 tahun terpaksa berdepan dengan bebanan seperti itu, namun Farisya tidak pernah mengeluh.
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/37HvSmK
via IFTTT
No comments:
Post a Comment