Seorang wanita mati dibelasah suaminya dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Flat Pelangi Damansara, pada Isnin, 8 Februari 2021.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pertengkaran itu berlaku setelah mangsa yang dipercayai cemburu setelah meliat video TikTok suaminya bersama isteri kedua.
Suspek dikatakan telah menumbuk dan menampar mangsa berkali-kali sehingga tidak sedarkan diri.
Keesokan harinya pada jam 7.30 pagi, polis menerima panggilan telefon yang memaklumkan mengenai kematian mangsa berusia 40 tahun itu yang juga merupakan warga asing.
Mayat mangsa yang mempunyai kesan lebam itu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya.
Dalam hari yang sama, suspek dan isteri keduanya ditahan dalam tangkapan berasingan di Kuala Lumpur dan Klang, Selangor. Beberapa barangan seperti tiga unit telefon bimbit, pakaian dan barang kemas turut dirampas.
Kedua-dua suspek warga asing berusia 29 dan 46 tahun itu direman selama enam hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Siaran Media IPD Petaling Jaya
from The Reporter https://ift.tt/2NlIcl8
via IFTTT
No comments:
Post a Comment