Setelah gebang beberapa kali di media sosial mengenai dirinya diberi layanan yang tidak baik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Januari 2021, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, dilaporkan tidak hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung sebutan semula kes berpakaian wanita.
Usahawan kosmetik berusia 36 tahun itu didakwa atas pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina kerana dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita.
Peguam syarie, Zuri Zabuddin Budiman berkata, "Saya tunggu juga, tapi dia tak datang. Mahkamah tangguh sebutan semula kes pada 1 Jun depan".
Ekoran itu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki menyerupai wanita itu. Waran dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii terhadap Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.
6 Januari lalu, Muhammad Sajjad mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan. Muhammad Sajjad didakwa melakukan perbuatan itu ketika majlis bacaan Yasin dan solat hajat yang dianjurkan pada 23 Februari 2018 di premisnya pada jam 7.30 pagi.
Muhammad Sajjad didakwa di bawah Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3uoq8YR
via IFTTT
No comments:
Post a Comment