loading...
  • Breaking News

    Wednesday, February 24, 2021

    JAIS akan cari & tangkap Muhammad Sajjad Kamaruzzaman


    Semalam Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dilaporkan akan mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, kerana tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan di atas pertuduhan berpakaian wanita dalam satu majlis yang dianjurkannya pada 2018. 


    Difahamkan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada masa ini masih menunggu waran tangkap daripada pihak mahkamah sebelum mengambil tindakan yang seterusnya iaitu mencari dan menangkap lelaki itu. 


    Jurucakap JAIS berkata, pasukan penguatkuasanya hanya akan menangkap Muhammad Sajjad setelah mendapat waran tersebut dan membawa lelaki itu ke mahkamah untuk proses perbicaraan. 


    "Pasukan penguatkuasa menjangkakan waran tangkap itu akan diterima hari ini. Sebaik waran itu diperoleh, kita akan usaha serta cari dan tangkap Sajjad," katanya. 


    Januari 2021, video usahawan itu viral di media sosial dan mendakwa diberi layanan yang tidak baik oleh JAIS. JAIS pada ketika itu sedang menyiasat pertuduhan ke atas lelaki itu yang didakwa berpakaian seperti wanita di sebuah majlis sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina. 


    Muhammad Sajjad bagaimanapun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut


    Muhammad Sajjad didakwa di bawah Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


    Sumber: Harian Metro


    LAPORAN BERKAITAN



    from The Reporter https://ift.tt/37GrlRF
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment