Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun disahkan hamil 32 minggu akibat dirogol oleh dua individu dalam kejadian di Tawau, Sabah.
Ibu mangsa yang terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya itu, bertindak membuat laporan polis pada 23 Julai 2020. Bertindak di atas laporan itu, polis menahan dua suspek di lokasi berlainan pada Rabu, 10 Februari 2021.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, wanita berusia 30-an itu terdahulu membawa anaknya ke sebuah klinik kesihatan untuk menjalani pemeriksaan selepas curiga melihat perut anaknya keras apabila dipegang.
Klinik kesihatan kemudian mengesahkan mangsa hamil dengan usia kandungannya lapan bulan.
Siasatan awal mendapati, mangsa memberitahu dia telah dirogol oleh seorang lelaki berusia 32 tahun sebanyak dua kali di rumah mangsa pada November 2019. Pada bulan yang sama, mangsa turut dirogol oleh seorang lagi lelaki berusia 49 tahun (warga asing) di lokasi sama.
Laporan analisa DNA kandungan mangsa dengan suspek pertama adalah negatif. Suspek kedua bekerja sebagai buruh kilang dan menetap di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.
Dengan tangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan kes rogol yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2LS34Ao
via IFTTT
No comments:
Post a Comment