loading...
  • Breaking News

    Sunday, February 28, 2021

    (Video) Isteri kantoi curang setelah doktor temui kondom lama dalam kemaluannya


    Seorang isteri didapati berlaku curang terhadap suaminya selepas doktor menemui kondom yang tertinggal di dalam alat kemaluannya.


    Dalam program televisyen TLC, rancangan Sex Sent Me to the ER, para pelakon melakonkan semula situasi di mana wanita berkenaan datang ke hospital meminta bantuan setelah mengalami kesakitan yang luar biasa di bahagian sulitnya. 


    Pesakit itu juga menyatakan kepada Dr Aminidhan Thekkar yuang dia bimbang sekiranya dia dijangkiti STD (penyakit kelamin), malah menyalahkan suaminya yang disyaki menjangkitinya. Tetapi ketika doktor mengeluarkan 'kondom lama' dari alat sulitnya, semua berubah sekelip mata. 


    Difahamkan, suami kepada wanita itu menjalani vasektomi lima tahun lalu dan tidak perlu menggunakan kondom. Jelas di sini, alat perancang kehamilan itu tidak mungkin milik si suami. 


    Vasektomi adalah kaedah kontrasepsi yang dilakukan dengan memotong saluran sperma yang membawa sperma dari testis ke penis. Dengan kaedah ini, sperma tidak lagi keluar bersama air mani ketika lelaki mengalami ejakulasi.


    Alangkah terkejutnya si suami apaabila melihat kondom itu dikeluarkan dari alat sulit isterinya dan terus berkata, "Saya dah lama tak pakai kondom sejak menjalani vasektomi. Apa sebenarnya yang berlaku ni?" 


    Si isteri cuba mempertahankan dirinya berkata, "Hanya kerana doktor menemui kondom, itu tak bermaksud apa-apa seperti yang awak sangkakan". 


    Jawapan si isteri tidak memuaskan, sekali lagi suaminya melempar soalan seterusnya, "Tak bermaksud apa-apa? Jadi, benda itu merangkak sendiri dan masuk ke dalam alat sulit awak?! Camtu?" 



    Biarpun masalah telah selesai dan ketika meninggalkan doktor berkenaan, pasangan itu masih bertengkar. Dr Aminidhan Thekkar merasakan itulah kes yang paling membuatkan dia berasa janggal.


    "Kalau kondom itu tidak ditemui, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius terhadap pesakit perempuan itu tadi. Apabila saya tarik keluar kondom itu, terasa lega sangat sebab kita dah dapat jawapan kepada permasalahan pesakit. 


    "Ia tidaklah serius seperti yang saya sangkakan. Apa yang menjadi kebimbangan saya ialah, sindrom kejutan toksik - apabila bendasing berada di dalam farajnya terlalu lama," katanya. 


    Sumber: Daily Star



    from The Reporter https://ift.tt/3bFTRny
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment