loading...
  • Breaking News

    Friday, February 26, 2021

    'Yang kurang duit, sila menabung dulu' - Keluar produk mi segera RM16.90, Aliff saran yang kurang duit menabung dulu kalau nak beli


    Ahli perniagaan, Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman baru-baru ini telah mengeluarkan produk terbarunya di pasaran iaitu mi segera diberi nama Mie Congek. 


    Menurut Aliff, pihaknya telah melakukan kajian terperinci selama enam bulan sebelum mengeluarkan produk tersebut yang menyasarkan kepada pengguna yang menggemari perisa ayam. 


    Aliff yakin, produk terbarunya itu lebih sedap daripada mi segera yang sedia ada di pasaran dan pastinya terlajak sedap dan enak. 


    "Sukar untuk saya gambarkan (rasanya). Mi Congek hanya berharga RM16.90 sahaja. Hanya perlu rebus sahaja dan di dalam ini cukup penuh dengan sayuran dan juga ayam yang segar dari ladang," katanya. 


    Dalam posting di Facebook pula, Aliff berkata, "Jom rasa mee congek saya, pasti sedap dan terangkat. Yang ada duit, cubalah. Yang kurang duit, sila menabung dulu". 



    Di media sosial, netizen menyambut baik pengeluaran produk barunya itu tetapi mempertikaikan harga yang dikenakan kerana terlalu mahal berbanding mi segera lain. Sedangkan dengan harga itu, netizen berkata mereka boleh beli 10 bungkus mi segera atau seekor ayam mentah yang pastinya mengenyangkan perut dalam beberapa hari. 



    Turut menjadi pertikaian netizen adalah, saranan Aliff yang meminta pengguna untuk menabung terlebih dahulu jika tidak berkemampuan membeli produk barunya itu, seolah-olah tidak memahami harga yang sepatutnya dikenakan terhadap golongan marhaen yang menjadi sasarannya untuk membeli produk tersebut. Ini kerana golongan kaya raya mungkin langsung tidak akan membeli produk makanan segera seperti itu.


    Justeru, netizen menasihatkan Aliff untuk mempertimbangkan semula harga produknya itu agar bersesuaian dengan poket rakyat marhaen sekiranya mahu produk tersebut bertahan di pasaran atau sebaliknya terbiar di hujung rak kedai. 



    from The Reporter https://ift.tt/3dLcObb
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment