25 Januari lalu, Anonymous Malaysia, melalui akaun Facebooknya memberi amaran kepada Kerajaan Malaysia untuk bersedia menerima serangan siber pada laman sesawang kerajaan di mana selama ini mereka telah berdiam diri dan kini mahu 'membuka mata' kerajaan.
Bagaimanapun, hasil siasatan dan risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM), seramai 11 individu yang disyaki terbabit dalam aktiviti menggodam sistem komputer kerajaan telah ditahan dalam tujuh serbuan yang dilakukan di seluruh negara, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah berkata, serbuan itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang melakukan intipan sejak seminggu lalu.
Individu yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun, termasuk pengendali akaun Facebook Anonymous Malaysia. Kesemua suspek ditahan kerana membuat ugutan dan ancaman untuk menggodam sistem komputer kerajaan secara terancang sejak beberapa tahun lalu.
Dengan penahanan 11 individu itu, polis sedang mengenal pasti saki baki suspek lain yang terlibat sebelum proses tangkapan susulan dilakukan.
Polis tidak menolak kemungkinan kumpulan berkenaan telah menggodam sebanyak 17 laman sesawang antaranya terhadap tiga sistem kerajaan negeri Johor, Sabah dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Kesemua suspek akan direman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 4, Akta Jenayah Komputer 1997.
Sumber: Harian Metro, Sinar Harian, Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/3axNbbP
via IFTTT
No comments:
Post a Comment