Seorang wanita nekad merobohkan rumah bekas suaminya kerana bengang lelaki itu tidak membahagikan harta sepencarian mereka secara adil setelah bercerai sejak 20 tahun lalu.
Ainun Jariyah, 44, meroboh rumah tersebut yang didiami bekas suami dengan isteri barunya di Kampung Trowulan, Kabupaten Mojokerto, Jawa Timur, Indonesia kerana sudah tidak dapat menahan perasaan dendam yang dipendam selama 20 tahun.
Ainun sanggup mengupah 10 orang lelaki untuk merobohkan rumah bekas suaminya, Kasnan, 50, dengan membayar kos sebanyak 5 juta rupiah (RM1,427).
Ketua Kampung Trowulan, Zainul Anwar berkata, pihakya telah mengadakan perbincangan dengan Kasnan atas permintaan Ainun yang datang ke pejabat desa mengadu mengenai permasalahan tersebut.
Ainun pada waktu itu menuntut pembahagian harta sepencarian dari bekas suaminya. Namun, Kasnan yang telah dipanggil untuk hadir ke perbincangan itu langsung tidak hadir sebanyak dua kali.
Ainun menuntut bekas suaminya pembahagian harta sepencarian iaitu rumah yang dibina bersama ketika mereka masih berstatus suami isteri.
Tuntutan kedua pula, pampasan 30 juta rupiah (RM8,566) dari harga jualan rumah semasa (anggaran 60 juta rupiah - RM17,133)
Tetapi Kasnan tidak sanggup memenuhi tuntutan itu kerana tidak mempunyai wang dan pekerjaan tetap. Mereka juga sempat berbincang mengenai nilai tuntutan dari 30 juta rupiah turun ke 20 juta hingga 10 juta.
Namun, Kasnan tetap tidak mampu walaupun telah diberi tempoh selama lima tahun. Sikap tidak bertanggungjawab lelaki itu mendorong Ainun untuk merobohkan rumah itu kerana dia merasakan rumah itu juga adalah sebahagian daripada haknya di mana mereka membina dan mengeluarkan kos pembinaan bersama ketika masih suami isteri.
Zainul sudah menasihatkan Ainun untuk tidak berbuat demikian. Malah menasihatkan Ainun untuk menasihatkan bekas suami mewariskan rumah itu ke atas perempuan, Amilia, 23, hasil perkahwinannya dengan Kasnan sebelum ini.
Bagaimanapaun, usaha itu tidak menjadi apabila keluarga dari sebelah Kasnan pula membantah kerana tanah itu merupakan tanah pusaka keluarga Kasnan.
Memandangkan tiada jalan penyelesaian lain, akhirnya kedua-dua pihak bersetuju untuk merobohkan rumah tersebut.
PENGAKUAN BEKAS ISTERI
Ainun rela mengeluarkan wangnya sendiri untuk membayar kos merobohkan rumah itu kerana bekas suaminya langsung tidak bertanggungjawab dan tidak sanggup membayar pampasan yang dipinta. Selain itu, dia juga berdendam dengan bekas suami yang tidak bertanggungjawab dan selepas cerai.
"Soalnya hati saya marah, tak keruan, sakit hati dibuatnya. Dalam tempoh 20 tahun itu saya memendam rasa. Dia pula semudah itu tinggal di rumah itu bersama dengan isteri barunya. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3rX0eK0
via IFTTT
No comments:
Post a Comment