loading...
  • Breaking News

    Wednesday, November 17, 2021

    'Kenapa datang sekolah hari ni? Kan cikgu kata jangan datang' - Puas ditegur ikut giliran, rupa-rupanya murid ini datang untuk...


    Sesi persekolahan sudah mula dibuka setelah beberapa bulan ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula sekitar April lalu.


    Namun begitu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan, bagi mengurangkan jumlah dalam kelas dan risiko penularan Covid-19.


    Setelah berbulan lamanya bercuti, sudah pastinya pelbagai ragam murid sekolah yang dapat dilihat. Tetapi, kisah yang dikongsikan oleh guru ini sangat menyentuh perasaan netizen.


    “Minggu ini ada seorang murid dari Kumpulan A hadir. Saya menyangka, mungkin murid itu tidak tahu tentang penggiliran. Lalu saya menerangkan kepada dia. 


    "Minggu lepas awak dah hadir, minggu ini tak payah hadir. Belajar di rumah. Minggu depan baru hadir ke sekolah." 


    Dia mengangguk tanda faham.


    “Keesokan harinya, dia hadir lagi. "Kenapa awak datang ke sekolah hari ini? Kan cikgu kata, jangan datang minggu ini. Minggu depan baru datang." 


    Dia hanya tunduk dan diam.


    Setelah menerangkan beberapa kali kepada murid itu, sangkaannya murid itu tidak akan datang lagi ke sekolah pada minggu tersebut. Tetapi, kelibat murid itu masih lagi kelihatan.


    “Hari seterusnya, dia datang sekolah lagi. Saya berasa pelik. Takkanlah dia tak faham-faham. Saya dah jelaskan berkali-kali, malah kawan-kawan dia pun suruh jangan datang ke sekolah minggu ini. 


    “Hari Selasa, giliran saya menjaga kelas waktu rehat. Budak itu penerima RMT. Saya tengok dia makan nasi lauk kari ayam dengan lahapnya seolah-olah terlalu lapar. Mungkin dia datang ke sekolah setiap hari untuk makan. 


    “Hari ini hari keempat dia hadir ke sekolah minggu ini. Dan saya tak mahu lagi bertanya. Biarlah dia datang ke sekolah untuk makan,” tulis guru berkenaan.


    Rata-rata netizen bersimpati dengan murid tersebut. Ada yang menyatakan bagi golongan yang susah, RMT itu adalah makanan mewah bagi mereka.


    Sumber : Cikgu Lynn Ismail



    from The Reporter https://ift.tt/3wTlwf1
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment