September lalu, stesen TV berasaskan penstriman menetapkan syarat pelakon yang ingin muncul dalam saluran itu perlu mempunyai jumlah followers lebih sejuta di Instagram.
Namun ada yang menganggap tindakan saluran TV tersebut tidak wajar kerana ramai pelakon yang mempunyai jumlah followers yang ramai tetapi tidak berbakat, sebaliknya hanya sekadar menjual populariti 'kayu'.
Syarat seperti itu juga dikatakan akan merosakkan industri pada jangka panjang dan menutup peluang untuk bakat baharu untuk menceburi industri hiburan.
Awal pagi tadi, pelakon, Nabila Huda memuat naik video pendek di Twitter yang menunjukkan rakan artisnya, Beto Kusyairy yang sanggup mengambil risiko melakukan babak disambar api tanpa menggunakan khidmat pelagak ngeri.
Dalam kapsyen video tersebut, Nabila menegaskan Beto adalah pelakon yang sangat berdedikasi dan tidak memerlukan 1 juta followers untuk melakukan aksi seperti itu.
"This is Beto Kusyairy everyone! Real actor gini perlu 1 million followers ke? Eh ini gila babi! Kalau tak ada orang appreciate, tak tahulah. Beto adalah one of the best everyone!" katanya.
This is beto Kusyairy everyone! Real actor gini perlu 1M followers ke? Eh ini gila babi !!! Kalau takde orang appreciate taktau lah..Beto adalah one of the best everyone!! pic.twitter.com/wgydakhOV4
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) November 20, 2021
Ciapan Nabila itu disambut positif oleh followers yang bersetuju dengannya. Malah, mereka tidak menafikan Beto sememangnya berbakat dan selalu memberikan hasil yang terbaik dalam setiap watak yang diberikan.
"Beto ini memang bukan calang-calang pelakon. Paling ingat filem Bisik Pada Langit. Duk ulang-ulang tengok pun masih jatuh air mata. Bagi watak apa pun, semua disampaikan dengan jiwa. Good job Beto Kusyairy," kata Auni Mya.
"Beto is real actor. With any part he played, there is a certain amount of himself in it. That's what makes his acting attractive. Menjiwai setiap karakter dan menghidupkan karakter dengan jiwa," kata Nana.
"Ini, orang tak panggil artis. Ini orang panggil anak seni. Dia tak perlukan ABPBH dan yang sewaktu dengannya," kata Rafidah.
Sumber: Twitter Nabila Huda
from The Reporter https://ift.tt/3CC7LT2
via IFTTT
No comments:
Post a Comment