loading...
  • Breaking News

    Tuesday, November 16, 2021

    Lelaki humban budak dari tingkat 10, ditahan kerana liwat banduan lain di bilik mandi


    Seorang lelaki yang dipenjarakan seumur hidup atas kesalahan menghumban kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dari platform penonton di galeri seni, Tate Modern, kini dituduh meliwat banduan lain di bilik mandi. 


    Jonty Bravery, 20, didakwa meliwat mangsa berusia 30-an di dalam bilik mandi di penjara Belmarsh. Dia kini telah ditahan selepas mangsa memaklumkan kejadian itu kepada banduan lain yang bertindak melaporkan perkara 'luar biasa' itu kepada pegawai penjara. 


    "Polis dari Scotland Yard telah datang ke penjara Khamis lalu untuk menahan Jonty dan dibawa ke balai polis London Selatan untuk disoal siasat selama beberapa jam sebelum dihantar semula ke penjara.


    "Siasatan sedang dijalankan dan kami akan memberi kerjasama penuh untuk membantu siasatan polis," kata jurucakap penjara Belmarsh. 


    Jonty disahkan menghidap autisme ketika berusia 17 tahun, bertindak menghumban seorang kanak-kanak lelaki warga Perancis berusia enam tahun dari tingkat 10 galeri seni sehingga menyebabkan pendarahan dalam otak dan patah tulang belakang pada Ogos 2019. 


    Ekoran perbuatannya itu, Jonty dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Ketika disoal siasat polis, dia mengakui telah merancang melakukan serangan itu untuk membuktikan penyakit mentalnya dan menjadi tajuk berita. 


    Identiti mangsa tidak pernah didedahkan tetapi keluarganya memaklumkan anak mereka sedang beransur pulih dari kecederaan. Meskipun sebelum ini mangsa mengalami kesukaran untuk berjalan, namun baru-baru ini mangsa yang kini berusia lapan tahun sudah kembali ke bangku sekolah. 


    Sumber: Daily Star



    from The Reporter https://ift.tt/3DmE35R
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment