loading...
  • Breaking News

    Wednesday, November 10, 2021

    Anak kelar leher ibu sampai mati, sebelum maut digilis lori


    Sarah Jon, warga emas berusia 70 tahun ditemui maut akibat dikelar di bahagian leher di kediaman mereka di Kampung Batu 5, hari ini. 


    Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mayat mangsa ditemui terlentang di ruang tamu dan terdapat kesan kelar di bahagian leher sedalam lima inci, selain cedera di bahagian telinga dan tangan. 


    Turut ditemui beberapa peralatan menghisap dadah yang dipercayai milik anak lelaki mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah.


    Dalam masa yang sama, polis menerima maklumat mengenai seorang lelaki yang maut akibat digilis lori, jarak satu kilometer dari rumah mangsa. Pemeriksaan identiti mengesahkan lelaki berusia 31 tahun berkenaan adalah anak kepada mangsa.


    Difahamkan, dua beranak berkenaan tinggal berdua dan sebelum kejadian, lelaki itu kerap meminta wang daripada ibunya untuk membeli dadah. Tetapi permintaannya tidak diendahkan menyebabkan mereka selalu bertengkar. 


    Menurut jiran dan saudara yang tinggal berdekatan berkata, kali terakhir mereka terdengar pertengkaran dua beranak itu berlaku pada malam tadi.


    Polis percaya, suspek telah mengelar leher ibunya sebelum digilis lori, berikutan tiada kesan pecah rumah. Semakan mendapati, suspek yang masih bujang mempunyai enam rekod lampau berkaitan kes dadah dan merupakan pesakit mental. 


    Polis tidak menolak kemungkinan suspek terdahulu menghisap dadah di rumah dan perbuatannya diketahui oleh ibunya. 


    Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Sungai Petani untuk dibedah siasat. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/3CdQAY1
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment