Ikan Siakap kini dilihat sudah menjadi bualan masyarakat sehinggakan ada yang menjadikannya sebagai bahan jenaka di media sosial. Gara-gara harga yang dikatakan tidak masuk akal, tampil lagi beberapa individu yang mendakwa pernah berkunjung ke restoran tersebut dan mendakwa dikenakan caj makanan yang berapi.
Individu pertama yang tampil memberikan pendedahan mengenai isu harga ikan siakap menjadi tular, menyebabkan wakil restoran berkenaan terpaksa tampil memberikan penjelasan, sekali gus menafikan dakwaan menganiaya pelanggannya. Bagaimanapun, kenyataan dari wakil restoran tersebut dinafikan oleh pengadu kerana terdapat beberapa perkara yang tidak tepat atau pendek kata, tidak berlaku pada hari kejadian.
Tegasnya, tujuan perkongsian yang dibuatnya sebelum ini hanyalah sekadar peringatan dan tidak berniat menjatuhkan mana-mana pihak.
"Tujuan asal posting di Facebook peribadi saya yang dibuat pada 4 November adalah sekadar perkongsian dan peringatan. Ianya bukanlah untuk mengaib dan menjatuhkan mana-mana pihak dan bukanlah juga untuk mencari mana-mana perhatian dan publisiti.
"Ini pula beberapa perkara yang pihak kami ingin menafikan daripada apa yang didakwa oleh pihak kedai di media:
- Tiada makluman langsung kepada pihak kami, apatah lagi berulang kali bahawa ikan tersebut adalah ikan pameran (ikan show) dan selalunya dia tidak menjual kepada pelanggan. Begitu juga dengan makluman tentang ikan tersebut yang sudah berusia 11 tahun.
- Tiada makluman kepada kami tentang berat ikan tersebut sebanyak 7.00 kilogram.
- Tiada makluman juga kepada pihak kami bahawa ikan tersebut bersaiz mega.
- Size ikan yang ditunjukkan kepada kami (dengan anggaran tangan) sewaktu memaklumkan besar ikan tersebut amatlah berbeza dengan sewaktu dia tunjukkan kepada media.
- Tiada ajakan daripada mereka untuk menangkap dan melihat ikan yang telah dinyatakan itu.
- Pihak kami juga ingin menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa pihak kami yang bersungguh-sungguh mahukan ikan tersebut juga.
"Pihak kami berpandangan bahawa perkara ini telah mengelirukan (misleed) pihak kami. Hasil pemerhatian pihak kami daripada perkongsian-perkongsian para pelanggan yang lain juga telah berlaku perkara yang hampir sama bahkan mungkin sama.
"Pihak kami telah pun membuat aduan kepada pihak KPDNKHEP dan bersedia sekiranya perlu memberikan penjelasan tambahan ataupun kepada pihak berwajib yang lain. Pihak kami akan terus berkerjasama dengan pihak yang berkaitan sehingga kes ini diselesaikan.
"Pihak kami berharap agar penjelasan ini sedikit sebanyak dapat merungkai apa yang telah berlegar-legar di media sosial dan media massa yang lain sehingga telah menimbulkan kecaman, kejian, penghinaan, caci dan maki kepada pihak kami.
"Untuk makluman semua, perkara ini bukan sahaja telah terjadi kepada pihak kami. Namun telah terjadi kepada ramai pelanggan yang lain, yang turut hadir pada hari yang sama dengan pihak kami bahkan yang telah hadir sebelum-sebelum ini lagi. Ramai pelanggan yang lain telah turut berkongsi pengalaman dan situasi mereka berserta resit mereka di media sosial dan di platform media yang lain," jelas pengadu.
Perkara ini juga telah mendapat perhatian Ustaz Azhar Idrus yang telah memberi pandangannya melalui laman Facebook rasminya. Ustaz Azhar menjelaskan, jika mengikut asas jual beli, pembeli perlu membayar terlebih dahulu makanan yang dipesan sebelum menjamu selera.
Namun ujar beliau, jika pembeli membuat pesanan sebagai contoh, pembeli memesan ikan seberat 2 kilogram, tetapi penjual menghantar ikan seberat 10 kilogram, pembeli tidak perlu memakannya.
Tetapi, jika pembeli sudah makan, itu bermakna pembeli bersetuju dengan apa yang telah diletakkan oleh peniaga. Dan jika pembeli meminta seperti ikan lima ekor, tetapi penjual menghantar sebaliknya, itu dikira sebagai helah dan hukumnya adalah haram. Apabila tiada persetujuan begitu, itu dikira sebagai jual beli yang tidak diredai syarak.
Beliau juga menjelaskan sepatutnya peniaga menjelaskan kepada pembeli mengenai saiz, harga dan sebagainya bagi mengelakkan berlaku perselisihan faham seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Sumber: محمد فارس ذوالقرنين, Ustaz Azhar Idrus (Original)
from The Reporter https://ift.tt/3wmZEs5
via IFTTT
No comments:
Post a Comment