loading...
  • Breaking News

    Wednesday, November 10, 2021

    (Video) 'Monyet liar itu betul-betul di sebelah stroller bayi saya' - Satu keluarga nyaris diserang monyet liar ketika bercuti di resort Kuantan


    Hasrat menikmati hari percutian dengan tenang bertukar tragedi apabila sekeluarga ini nyaris diserang oleh monyet liar, dalam kejadian berlaku di Kuantan, Pahang. 


    Berkongsi mengenai pengalaman buruk itu di Facebook, Norazimah berkata, bayinya mengalami kecederaan di bahagian muka akibat terjatuh semasa melarikan diri dari haiwan liar itu. 


    Sebelum kejadian itu berlaku, mereka sekeluarga dalam perjalanan menuju ke kereta yang diletakkan di luar perkarangan hotel. Dalam masa yang sama, kelihatan beberapa ekor monyet liar sedang duduk di atas kereta.



    Secara tiba-tiba, salah seekor monyet tersebut bertindak mengejar dan mahu menerkam suaminya. Panik melihat serangan yang tidak dijangka itu, mereka segera melarikan diri ke hotel. 


    "Ketika itu dah jadi panik dan suami terus berlari semula ke arah resort. Saya dan anak-anak lain turut panik dan cuba melarikan diri kerana monyet liar itu betul-betul berada di sebelah stroller bayi saya. 


    "Saya tolak stroller bayi secepat mungkin. Tiba-tiba bayi saya terjatuh tersembam ke jalan sebab pusingan stroller terlalu pantas. Bayi saya mengalami luka dan lebam di muka," katanya. 


    Sewaktu kejadian itu berlaku, tiada pengawal keselamatan berada di lokasi kejadian. Tidak beberapa lama kemudian, pengawal keselamatan datang lalu bertanya mengenai apa yang telah berlaku dan terus memaklumkan kepada pengurus resort. 


    Norazimah dimaklumkan bahawa, haiwan liar berkenaan sudah kerap datang ke resort tersebut dan pihaknya juga telah memaklumkan kepada pihak perhilitan. 


    Norazimah dan keluarganya kemudian dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kerana bimbang akan keselamatan anaknya yang terjatuh sebelum itu. Pihak hospital memaklumkan, bayinya tidak mengalami kecederaan serius dan imbasan x-ray turut mengesahkan tiada sebarang kesan retakan. 



    Norazimah berharap pihak Perhilitan Kuantan mengambil tindakan segera bagi menangani masalah tersebut yang bimbang akan berulang kembali menyerang penghuni resort. Dia juga berterima kasih kepada pihak hotel yang sedikit sebanyak membantu dan mengambil berat akan keadaan anaknya selepas kejadian tersebut. 


    Sumber: Facebook Norazimah



    from The Reporter https://ift.tt/3oiPmWn
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment