loading...
  • Breaking News

    Thursday, November 11, 2021

    Pemandu kereta Timbalan Menteri mengaku tak bersalah potong kenderaan lain di garisan berkembar


    Tular di media sosial dulu, pemandu kepada Timbalan Menteri dirakam memotong kenderaan di garisan berkembar ketika memandu di Jalan Bukit Marak - Binjai, Kota Bharu. Pemandu berkenaan memberi alasan dia terpaksa berbuat demikian kerana sudah terlambat menghantar majikannya ke lapangan terbang. 


    Setelah dikecam netizen, majikannya tampil memohon maaf dan menyatakan pihaknya akan menerima tindakan undang-undang di atas kesalahan yang dilakukan. 


    Semalam, 10 November 2021, pemandu terbabit, Mohd Nazre Che Mustafa, 31, didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan melanggar peraturan jalan raya. Namun, dia tidak mengaku bersalah dan memohon untuk dibicarakan. 


    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


    Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Disember untuk serahan dokumen. 


    Dalam video tular itu, pemandu Toyota Alphard dengan nombor pendaftaran P45 memotong kenderaan di garisan berkembar secara berbahaya di mana terdapat kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/31KpKtL
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment