loading...
  • Breaking News

    Sunday, November 7, 2021

    'Kenapa tak ambil tahu berat ikan sebelum buat pesanan?' - Lelaki Cina ini kongsi langkah tepat sebelum buat pesanan makanan laut


    Sudah tiga luahan pelanggan tular di media sosial yang mendakwa mereka dianiaya pengusaha restoran di Pulau Langkawi baru-baru ini, mendorong seorang lelaki tampil berkongsi langkah-langkah sebenar yang perlu dilakukan oleh pelanggan sebelum membuat pesanan di sesebuah kedai makanan atau restoran. 


    Menurut Tai Zee Kin, sudah menjadi amalan orang Cina memastikan bajet mencukupi dan beberapa perkara lagi yang perlu dipertimbangkan dengan baik agar tidak menyesal selepas makan. 


    "Ini cara orang Cina pesan seafood di restoran: 

    1. Akuarium tepi restoran seafood, bukan galeri atau underwater world. Tiada caj tiket masuk yang akan dikenakan. Itu tempat kalian memilih seafood segar. Kalau anak-anak kecil ikut makan sekali, boleh bawa mereka berjalan-jalan di tepi akuarium sambil mengajar mereka mengenai jenis-jenis ikan dan ketam. 
    2. Di akuarium juga tertera jelas nama seafood (di situlah ayah saya ajar nama dan jenis ikan) dan berapa harga bagi setiap 100 gram, 1 kilogram atau sukatan y ang bersesuaian. 
    3. Di tepi akuarium ada penimbang, boleh minta tauke untuk timbang sebelum makan atau minta dia buat anggaran berat. 
    4. Kalau tiada akuarium pun, orang Cina akan terus pesan seafood mengikut berat (kalau bukan harga tetap). Sebagai contoh, kalau kami memesan ikan siakap, terus beritahu nak ikan siakap berat 1.5 kilogram. Tauke akan pergi tengok ada tak ikan siakap berat 1.5 kilogram. Jika tiada, tauke akan bagi anggaran julat berat. 
    5. Peminat seafood dah ada harga seafood, darab berat ikan dalam kunci kira-kira minda.


    "Orang Cina tidak gemar cara makan dulu, kira kemudian. Bila budaya makan di restoran mamak mula berbuat demikian, ramai di kalangan orang Cina berasa kurang selesa. Amalan ini berlaku pada era tahun 2,000 di mana kedai mamak kebiasaannya meminta pelanggan makan terlebih dahulu, kemudian barulah dia datang untuk membuat kiraan.


    "Budaya orang Cina, selalu kena buat 'bajeting' sebelum berbelanja. Makan di kedai juga sama. Kalau makan besar, perlu buat kira-kira dulu mengikut kesesuaian bajet, periksa harga betul-betul, kira berapa kepala dan selesai membuat semua itu barulah boleh membuat pesanan atau tempahan. Amalan ini memang sudah terpahat dalam DNA kami. 


    "Budaya makan dulu, kira kemudian sangat bahaya. Kerana ketidakselesaan 'caj melampau' adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak. Ianaya cuma akibat ketidaksepadanan kehendak (Mismatch of expectation). 


    "Isu siakap terlampau caj ini bagi orang Cina sangat jarang berlaku. Kami tertanya-tanya, kenapa tidak mengambil tahu akan berat ikan sebelum membuat pesanan? Kenapa tidak sebut sahaja "Nak ikan siakap, bagi 1.5 kilogram cukup"?.


    "Apabila saya membuat tempahan ketam dulu, siap tawar menawar dari segi berat ketam dengan tauke sebelum bersetuju membuat pesanan. Tiada masalah.


    "Ingat cara-cara ini, 'kira dulu, pesan kemudian'. Tak perlu segan-segan. Biar segan dulu sebelum menyesal di kemudian hari. Dalam hal ini, pelanggan tidak bersalah dan begitu juga dengan pihak restoran. Restoran siap beritahu harga setiap 100 gram awal-awal. Caj pun mengikut harga per 100 gram. Pelanggan beri kebebasan kepada restoran untuk membuat anggaran berat ikan," katanya. 


    Sumber: Tai Zee Kin



    from The Reporter https://ift.tt/3wk9nze
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment