Seorang lelaki Malaysia yang dikesan melakukan onani beberapa kali di dalam tren didenda S$2,000 (RM6,147) oleh mahkamah pada Rabu, 10 November 2021.
Lee Sin Hee, 38, mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut yang mengganggu ketenteraman pengguna perkhidmatan awam itu.
Mahkamah diberitahu, Lee menaiki tren MRT meunjuk ke Harbourfront pada petang 12 April 2021. Lee berdiri berhampiran pintu yang menghadap seorang wanita berhampiran, melakukan perbuatan jijik itu menyebabkan mangsa segera keluar dari tren sebaik saja tiba di Stesen Serangoon.
Lee kemudian berpindah ke bahagian gerabak tengah dan berdiri di pintu menghadap seorang lagi mangsanya. Lee sekali lagi mengulangi perbuatan tersebut dan menggunakan beg untuk melindungi aksi tersebut daripada diketahui mangsa.
Menyedari perbuatan Lee, mangsa segera pergi ke gerabak lain, tetapi perbuatan Lee disedari oleh seorang penumpang lelaki yang bertindak menegurnya dan meminta dia keluar dari tren sebaik saja tiba di stesen seterusnya. Lee bagaimanapun enggan akur dengan arahan itu.
Seorang kakitangan di Stesen Lorong Chuan dimaklumkan mengenai kejadian itu, terus menghubungi polis dan mengatakan ada seorang penumpang lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh sehingga mengganggu para penumpang wanita lain.
Kira-kira jam 1 tengah hari, 21 Ogos 2021, Lee menaiki tren lain menuju ke Woodlands di Laluan Utara-Selatan. Tren tersebut dijadualkan menuju ke Stesen Yio Chu Kang dari Stesen Ang Mo Kio.
Lee ternampak seorang wanita berdekatan dan mula teransang lalu mengeluarkan kemaluannya untuk melakukan onani serta menggunakan begnya untuk melindungi perbuatannya itu.
Seorang lagi wanita yang duduk berhadapan dengan mangsa menyaksikan kejadian itu. Dia yang ditemani oleh anak saudaranya berumur lapan tahun, terus segera mengalihkan badan agar anak saudaranya tidak melihat apa yang dilakukan oleh Lee.
Selepas selesai melakukan perbuatan tersebut, Lee turun di Stesen Khatib dan wanita itu melaporkan kejadian itu kepada kakitangan stesen.
Pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan denda S$2,000 terhadap Lee. Lee yang tidak diwakili peguam merayu agar denda itu dikurangkan.
"Saya tidak mempunyai wang kerana saya telah kehilangan pekerjaan sejak dua bulan lalu," katanya.
Rayuannya tidak diendahkan dan Lee kemudian membayar denda S$2,000 dan tidak perlu menjalani hukuman penjara selama lapan hari. Bagi setiap kesalahan yang membabitkan perbuatan lucah, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan dan denda.
Sumber: Channel News Asia
from The Reporter https://ift.tt/3F6ut7C
via IFTTT
No comments:
Post a Comment