loading...
  • Breaking News

    Thursday, November 11, 2021

    (Video) 'Order sampai RM60 lebih then dipulangkan balik, siapa nak bayar ganti rugi?' - Gadis kesal, pelanggan beri alasan anak salah tekan


    Di musim pandemik ini, pembelian dalam talian menjadi pilihan utama para pengguna. Walaupun kerajaan telah membenarkan aktiviti ‘dine-in’ di kedai makan, namun ada juga yang masih memilih untuk memesan secara dalam talian. 


    Kebiasaanya kita mendengar keluhan dari pembeli yang banyak membuat rungutan mengenai penghantar makanan. Isu pesanan lambat sampai, makanan rosak, makanan sudah sejuk dan bermacam-macam lagi. Tetapi kali ini, rungutan dari seorang gadis iaitu pekerja di sebuah kedai yang mendakwa pelanggan tidak membayar jumlah pesanan yang telah dibuat.


    Melalui aplikasi TikTok, gadis ini menyatakan penghantar makanan atau rider Food Panda terpaksa memulangkan semula makanan yang telah dipesan pelanggan. Pelanggan berkenaan memberikan alasan anaknya secara tidak sengaja telah membuat pesanan tersebut.


    “Ada customer ni dia order banyak gila, sampai RM60 lebih. And then rider datang pulangkan balik, katanya sebab anak salah tekan. Kalau anak tu salah tekan, jagalah handphone tu baik-baik. Kesian la kat rider ni, tengah panas ni.


    “Food Panda satu hal, kitorang kena return balik apa semua. Siapa yang nak bayar ganti rugi? Tak bayar, kan?” luah gadis berkenaan dengan nada geram.


    @_daxkecik

    kesian abang rider ..n rugi banyak siap topping bebanyan😅

    ♬ original sound - 𝓲'𝓶 𝓮𝔂𝓼𝓱𝓪🍓


    Dalam kes seperti ini, pelanggan seharusnya bertanggungjawab dan tidak melepaskan tangan begitu sahaja. Kesannya, peniaga akan mengalami kerugian dan juga rider berpenat lelah memenuhi kehendak pelanggan.


    Sumber: TikTok Daxkecik



    from The Reporter https://ift.tt/3ohSykZ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment