loading...
  • Breaking News

    Friday, November 12, 2021

    (Video) 'Mantap anak muda terjoget-joget bagaikan Covid sudah tiada' - PU Amin kecam pengunjung Sunway Lagoon langgar SOP


    Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan keadaan sekumpulan pengunjung yang bersesak di sebuah taman tema air, Sunway Lagoon yang didakwa telah melanggar SOP. Penularan video itu juga menyebabkan pihak polis bertindak menyiasat dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya wujud pelanggaran SOP PPN Fasa 4. 


    Memetik laporan Kosmo, sehingga kini pihak polis masih belum menerima sebarang laporan polis berkaitan aktiviti tersebut.


    “Hasil siasatan awal, Taman Tema Sunway Lagoon boleh memuatkan seramai 40,000 orang dalam satu-satu masa manakala kapasiti yang dibenarkan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 adalah seramai 20,000 orang dalam satu-satu masa,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar.


    Tambah beliau, pada tarikh kejadian berlaku iaitu 6 November lalu, terdapat seramai 3,513 orang pengunjung yang direkodkan berada di dalam kawasan taman tema tersebut.



    Isu ini juga telah menarik perhatian Pencetus Ummah PU Amin yang mengecam aktiviti pengunjung-pengunjung tersebut dan meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mereka.


    “Mantap anak muda, berjoget-joget, bersuka-ria ibarat covid itu sudah tiada, bagaikan Tuhan itu tiada mata, bagaikan siksa dan azab neraka itu tidak wujud selamanya.



    “Syabas anak muda, orang Melayu, Islam kita. Esok kalau berlaku lagi masalah-masalah yang Tuhan turunkan pada kita, itu sebab kita punya dosa. Seronok berjoget-joget.


    “Pihak berkuasa, tolonglah ambil tindakan segera, SOP tak patuh, korang berjoget ramai-ramai dalam air mazhab mana ni, Ya Allah. Takkan tak sekolah setengah tahun perangai teruk berubah macam tu,” katanya. 


    Sumber: Kosmo Online, Pencetusummah_amin




    from The Reporter https://ift.tt/3quBScT
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment