Seorang lelaki memuat naik video yang mendakwa Ketua Balai Polis Daerah Shah Alam sebagai korup ekoran kedatangan pegawai polis ke rumah dan meminta dia mengosongkan premis itu.
Dalam video berdurasi 35 saat itu menunjukkan, seorang pegawai polis menjelaskan kepada penyewa bahawa rumah itu perlu dikosongkan segera memandangkan pemilik telah meminta penyewa berbuat demikian.
Tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik yang membabitkan pihak berkuasa, individu terbabit merakam dan memuat naik video tersebut dengan kapsyen fitnah berbaur fitnah.
"Polis corrupt sekarang masuk line property lak. Hati-hati guys kalau nak sewa rumah. Check habis-habis sapa. Sekarang ni family pun tak boleh percaya. Kalau saya salah, gari je lah.
Sri Alam Kondo Shah Alam. Lewat bayar rent sebulan. Hebat kan owner send polis beruniform. Senang-senang owner naikkan rental. Pastu agreement tak nak tunjuk kot-kot tukar owner ke. Aku sempat selamatkan TV Samsung je. Yang lain mak saya rembat semua. Now tidur dalam kereta."
Bagaimanapun, polis tampil menafikan dakwaan tidak berasas individu berkenaan yang kini bakal diburu untuk dikenakan tindakan kerana memfitnah.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pemilik rumah terdahulu membuat laporan polis selepas suspek enggan mengosongkan rumah tersebut walaupun telah diberi notis dua bulan. Dalam tempoh dua bulan itu juga, suspek tidak membuat sebarang bayaran.
Polis yang telah menerima laporan tu kemudian datang ke lokasi untuk menasihatkan suspek mengosongkan rumah tersebut, bukan memberi amaran seperti yang didakwa.
"Suspek didapati enggan keluar dari rumah yang pengadu benarkan menghuni secara ihsan. Sedangkan notis telah diberikan selama dua bulan untuk suspek berbuat demikian," katanya.
Polis kini sedang mengesan suspek yang suda mengosongkan kediaman itu, untuk siasatan lanjut. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Pegawai Inspektor Hazimah di talian 03-55202222.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/5oY6spR
via IFTTT
No comments:
Post a Comment