Demi tuntutan kerja dan sukakan cabaran, pelakon Gambit Saifullah, 36, nekad menerima watak lelaki homoseksual dalam drama Suami Lelaki Pendosa, yang ditayangkan di slot Samarindan TV3 baru-baru ini.
Menurut Gambit, antara penyebab dia sanggup dan berani menerima tawaran berlakon itu kerana mengetahui 'pasangannya' ialah Datuk Aaron Aziz kerana berdasarkan pengalaman bekerja bersama dan mengetahui keperibadian bapa kepada tiga cahaya mata itu.
"Saya adalah lelaki straight dan Aaron juga straight. Jadi sedikit sebanyak saya tahu sisi peribadinya. Jadi, saya tidak begitu bimbang untuk memberi kerjasama dengannya dalam lakonan kami sebagai lelaki songsang.
"Tapi kalau bukan Aaron yang melakonkan watak Dean Ilyas sebagai pasangan saya untuk drama ini, tidak mungkin rasanya saya akan cukup berani menerima watak Izfairin itu.
"Jadi, kalau bukan Aaron dan pelakon itu pula adalah seseorang yang saya tidak kenal, memang susah sebab saya straight. Jika pelakon lelaki itu ada sedikit sifat lembut, akan jadi kacau," katanya.
Gambit juga berharap para penonton drama tersebut yang diadaptasi dari nove Imamku Lelaki Pendosa (tulisan Umie Nadzimah), bersikap terbuka apabila menonton drama itu.
"Saya berharap penonton akan bersikap terbuka untuk drama ini. Pada saya, sebagai pelakon tentunya ada had yang boleh dilakukan sebagai individu dan muslim. Cuma ini adalah tuntutan kerja saya.
"Apa pun saya masih merasakan tidak melampaui batas melakonkan watak ini (homoseksual) kerana paling utama ialah niat untuk membawa hala tuju perkongsian kepada penonton bahawa kisah ini wujud dalam realiti," ujarnya.
Sementara itu di media sosial netizen menegaskan perkara seperti ini sepatutnya diselitkan dalam drama kerana ia boleh merosakkan pemikiran penonton. Malah, netizen turut mempertikaikan Finas yang sepatutnya menghalang unsur-unsur LGBT dimasukkan dalam drama tempatan.
"Perkara seperti ini patutnya diharamkan terus untuk dibuat drama atau filem. Boleh merosakkan pemikiran," kata Roziana.
"Punyalah banyak cerita boleh buat, cerita homoseksual juga nak dinormalisasikan? Nak tiru Korea? Kerajaan buat apa? Biarkan saja cerita-cerita seperti ini diberi permit (Finas) untuk buat penggambaran?" soal Ibn Al Haitam.
"Dah terikut sangat sekarang ni banyak cerita kat Netflix mesti ada selit pasal LGBT. Semoga kita dilindungi Allah dari musibah," kata Mohd Khair.
"Buatlah cerita lain, dah tak ada genre lain ke Malaysia ni nak buat? Melakonkan cerita umat terdahulu yang dilaknat. Ini bukan perkara normal, generasi sekarang mudah terikut," kata Fawwaz.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/QxPlpo2
via IFTTT
No comments:
Post a Comment