Kekerapan PAS yang gemar bercakap tentang agama berbanding isu nasional ketika pilihan raya hanya akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Ketua UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed.
Menurut Nur Jazlan, PAS seperti ketandusan idea kerana suka bercakap perkara yang sama seperti poligami dan yang terbaru, 'Suami boleh pukul isteri jangan kuat-kuat'.
"Di Johor, masyarakat dia majmuk lebih kurang sama sahaja Melayu dan bukan Melayu. Kalau PAS nak cerita soal agama, ceritalah.. lagi kita (BN) suka. Ceritalah lagi.
"Dah la tak reti cerita pasal ekonomi, pendidikan, tau cerita pasal agama. Ceritalah. Lagi banyak cerita, lagi banyak bukan Melayu kembali ke BN," katanya memetik laporan dari Malaysia Gazette.
Selain itu katanya, orang Melayu di Johor tidak berminat mendengar cerita PAS kerana rakyatnya mendapat pendidikan formal di sekolah kebangsaan dengan pada sebelah petangnya pula, menghadiri kelas agama.
Tambahnya lagi, pemimpin PAS tidak pandai mentadbir dan sebagai contoh Hadi Awang yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Timur Tengah tidak dapat masuk ke timur tengah kerana kebanyakan negara mengatakan Presiden PAS itu mazhab lain.
"Lepas tu pergi ke Qatar jumpa dengan Taliban (yang) dengan Malaysia tak ada hubungan diplomatik. Lepas tu janji pula nak bagi bantuan kepada Taliban. Dia pula buat dasar negara," katanya.
Sumber: Free Malaysia Today
from The Reporter https://ift.tt/T2dXK4N PAS tidak pandai mentadbir kata Nur Jazlan.html
via IFTTT
No comments:
Post a Comment