loading...
  • Breaking News

    Friday, February 18, 2022

    'Kalau nombor dia tak dengar cakap, dia bodoh sikit' - Viral manager restoran makanan segera beri layanan diskriminasi terhadap staff OKU, undang kemarahan keluarga


    Tular di media sosial luahan ketidakpuasan hati seorang lelaki terhadap pihak pengurusan restoran makanan segera di Negeri Sembilan yang didakwa memberi layanan tidak wajar kepada adik lelakinya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Disleksia.


    Menurut Muhammad Hanis, pengurus restoran berkenaan telah mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan terhadap adiknya. Dia turut menyertakan beberapa gambar tangkap layar perbualan dalam aplikasi WhatsApp sebagai bukti.


    Difahamkan pihak restoran berkenaan telah membuat permohonan maaf melalui panggilan telefon. Namun, tindakan itu tidak disenangi oleh Muhammad Hanis yang menempelak cara pihak restoran itu menangani masalah tersebut.


    Pada ketika ini, kedua-dua pihak berkenaan telah bersetuju untuk berjumpa di satu lokasi yang tidak dinyatakan bagi menyelesaikan masalah yang timbul. 


    Terdahulu, Muhammad Hanis meluahkan rasa tidak puas hatinya berhubung layanan pihak restoran berkenaan terhadap adiknya. Semuanya berpunca daripada salahfaham dalam group WhatsApp. 


    Al-kisah adik aku seorang OKU Disleksia, bekerja separuh masa di restoran makanan segera di Forest Height, Senawang. Nak dijadikan cerita, adik aku kena datang kerja pada hari Ahad lalu, 13 Februari 2022, jam 9 pagi. Tetapi disebabkan nama adik aku tiada dalam jadual, jadi dia pun tidak hadir bekerja. 


    Sebelum itu nak beritahu, semua urusan kerja adik aku dari segi memeriksa jadual kerja, masuk kerja jam berapa dan pengangkutan ke tempat kerja diuruskan oleh parent aku disebabkan masalah yang adik aku ada. 



    Tiba-tiba jam 10 pagi Ahad itu, salah seorang manager premise itu bertanya pada adik aku dalam group WhatsApp kenapa tak masuk kerja lagi. Sebba kalau ikutkan adik aku perlu masuk jam 9 pagi. Selepas itu ayah aku tolong balas mesej itu dan beritahu nama adik aku tiada dalam jadual dan disebabkan itu tak datang kerja. 


    Kemudian diorang beritahu nama adik aku ada dalam jadual. Instead of tulis nama, diorang tulis nombor ID kerja adik aku. (Jika tak silap, sebab panjang). Come' on lah. Adik aku, as an OKU untuk ingat. Adik aku ada limitation kot and kau expect dia untuk ingat nombor itu ke? Kalau adik aku tak tahu atau tak ingat, kau expect ayah aku akan ingat atau tahu nombor itu juga ke? Kalau nombor itu pendek tak apa juga. Ini dahlah panjang, lepas tu tak mentioned nama. 


    Selepas itu, ayah aku reply yang nama adik aku Aniq Ashraf, bukan nombor. Cerita dia, memang adik aku tak pergi kerjalah. Sudahlah bagi jadual jam 1 pagi, kau expect adik aku nanti bangun pagi dan terus terkocoh-kocoh nak pergi kerja kalau nama dia ada dalam jadual? Berakallah sikit kalau nak buat jadual kat staff. 


    Tak semena-mena ada seorang manager reply, 


    "Kalau you manusia, bukan nombor, pastikan lobby aku tak bersepah, penyapu dekat luar. Manusia, dia dengar cakap. Kalau nombor, dia tak dengar cakap. Dia bodoh sikit."



    Darah aku dah meluap-luap tak boleh nak tahan lagi dah. Aku call banyak kali nombor manager yang panggil adik aku bodoh, tetapi langsung tak dijawab. Aku call premis itu, katanya manager cuti. Aku call balik premis itu dan bercakap dengan store manager yang aku gelar sebagai Nor. Nor ni ada mentioned, untuk golongan OKU yang bekerja di situ, memang diorang buat jadual tak letak nama, diorang letak nombor. Bagi aku ini adalah diskriminasi.


    Then out of blue, selepas aku maki macam-macam dalam group itu, manager ini muncul dan balas: 


    "Ok, jumpa kerja nanti. Tak padan". 



    Apa yang tak padan? Adakah kau merasakan diri kau as manager layak cakap macam tu dekat anak buah kau, terutamanya jika dia adalah OKU? Are you try to be abusive? Are you try to provoke him?


    Sebelum nak tegur pertuturan aku yang menghantar mesej bercampur perasaan amarah dalam group itu, kau rasa layak ke seseorang itu memanggil orang OKU seperti adik aku itu, bodoh? Itu pun nasib baik aku ambil tahu dan baca WhatsApp adik aku. Kalau aku tak baca? Kau rasa ada ke orang nak mempertahankan adik aku? Ada korang rasa ketua diorang cuba menasihatkan team dia secepat mungkin? atau ambil tindakan yang sepatutnya? Percayalah cakap aku, takkan ada punya. 


    Keesokan harinya apabila adik aku datang kerja macam biasa, tiada seorang pun daripada manager yang mengambil inisiatif untuk bercakap atau memohon maaf dari adik aku. What a nice example and attitude lah restoran ini tunjukkan kepada adik aku. You asked customers to be supportive towards OKU, but the management inside did not practice what it's preach. All rubbish and ******!


    I did not blame all ******** store and staff were behaving and practicing suct style and attitude. I hope not. It just an action of an individual which paint a very bad perspective to the brand. My brother did not have the capacity to express all the disappointment, dissatisfaction or his feelings after what he had experience. Kalau bukan kita sebagai kawan, adik beradik, saudara atau orang awam untuk mengetengahkan isu ini, siapa lagi? 


    Kepada ********, saya merayu dan menggesa pihak anda menyiasat kes ini dengan telus dan mengambil tindakan terhadap kakitangan yang terlibat. Jelas sekali ini adalah diskriminasi, memprovokasi, ungkapan membenci dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh kakitangan anda yang dipanggil sebagai manager. 


    Dalam perkembangan terkini, Muhammad Hanis memaklumkan pertemuan dengan pihak restoran berkenaan telah pun selesai dan keluarganya menerima permohonan maaf pihak tersebut. 


    "Alhamdulillah, semua telah selesai dan permohonan maaf pun telah diterima oleh pihak keluarga daripada pihak tersebut. 


    "Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pesalah oleh pihak atasan terhadap individu terbabit. Beberapa isu lain yang berkait juga telahpun diketengahkan dan pihak syarikat telah ambil maklum serta akan melakukan tindakan susulan atas perkara tersebut. 



    "Dengan ini, kes telah pun selesai dan diharap tiada perkara berbangkit akan timbul terhadap golongan seperti ini khususnya pada masa akan datang," katanya. 


    Sumber: Muhammad Hanis




    from The Reporter https://ift.tt/zBpgf5v
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment