loading...
  • Breaking News

    Tuesday, February 8, 2022

    Kecewa cinggey tak jawab call, lelaki alami tekanan perasaan cuba terjun dari tingkat 18 tetapi tidak jadi


    Kegagalan menghubungi teman wanita menyebabkan seorang lelaki berusia 27 tahun terlalu beremosi sehingga cuba membunuh diri dengan terjun dari bumbung tingkat 18 bangunan kediaman di Taman TTDI, awal pagi tadi. 


    Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya yang menerima maklumat mengenai kejadian itu segera bergegas ke lokasi dengan lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, kira-kira jam 3.30 pagi. 


    Tiba di lokasi, anggota bomba cuba memujuk lelaki berkenaan yang dipercayai mengalami tekanan perasaan, sementara anggota yang lain memasang tilam angin di tingkat bawah bangunan tersebut.


    Difahamkan, lelaki itu baru bercerai pada November tahun lalu dan pernah cuba membunuh diri di Pulau Pinang. Pada hari kejadian, dia bertindak memanjat bumbung tingkat 18 dari tingkat 17 kerana kecewa teman wanitanya tidak menjawab panggilan telefon. 


    Operasi menyelamat turut dibantu oleh adik dan bekas isteri lelaki itu yang mengambil masa hampir empat jam sebelum dia akur untuk tidak meneruskan niatnya itu dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 


    Sumber: Kosmo Online



    from The Reporter https://ift.tt/4z1oFtB
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment