loading...
  • Breaking News

    Monday, February 14, 2022

    Budak 3 tahun mati kelaparan kerana dikurung dalam rumah selama 7 hari, sementara ibunya keluar berseronok dengan teman lelaki


    Seorang wanita berusia 26 tahun dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Daerah Tokyo selepas didapati bersalah kerana mengabaikan anak perempuannya berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak itu meninggal dunia. 


    Lapor News On Japan, Saki Kakehashi, mengaku bersalah di atas pertuduhan itu di mana dia didakwa meninggalkan mangsa sendirian di rumah tanpa pengawasan orang dewasa selama seminggu dalam kejadian yang berlaku pada tahun 2020. 


    Berdasarkan pertuduhan, Kakehashi hanya meninggalkan teh dan gula-gula kepada mangsa, Noa, di kediaman mereka di bandar Ota. Sementara dia keluar bersama teman lelakinya dan menghabiskan masa di bandar Kagoshima selama seminggu dengan menyangka mangsa berada dalam keadaan baik walaupun ditinggalkan bersendirian. 


    Apabila pulang ke rumah pada 13 Jun 2020, Kakehashi mendapati Noa tidak bernafas dan segera menghubungi talian kecemasan. Noa dikejarkan ke hospital, malangnya disahkan telah meninggal dunia akibat dehidrasi dan kelaparan. 


    Hasil laporan bedah siasat mengatakan, perut mangsa kosong, terdapat ruam di bahagian punggung kerana lampin tidak ditukar dalam tempoh masa yang agak lama. 


    Pendakwa raya percaya, Kakehashi cuba menyembunyikan fakta kes di mana dia telah menyapu krim ubat pada ruam tersebut dan menukar lampin mangsa sebelum dia menghubungi talian kecemasan. 


    Menurut pendakwa raya lagi, pada hari kejadian, Kakehashi menyekat Noa di ruang tamu dengan menggunakan sofa yang menutup laluan ke dapur sebelum keluar dari rumah. tetapi Kakehashi menjelaskan yagn dia sebenarnya mahu mengelakkan Noa daripada mencederakan dirinya dengan pisau atau barangan dapur lain. 


    Turut didedahkan dalam mahkamah, Kakehashi tidak menghantar Noa ke rumah pengasuh lebih setahun sebelum didapati meninggal dunia. Kakehashi tinggal bersendirian bersama mangsa selepas berpisah dengan bapa Noa pada tahun 2016. 


    Sumber: Agensi



    from The Reporter https://ift.tt/vGY8jdV
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment