Seorang lelaki dilaporkan mengalami kecederaan teruk di bahagian belakang badannya selepas berusaha untuk menghisap kemaluannya sendiri.
Lelaki itu mendedahkan kisah ngeri yang dialaminya itu di laman Reddit di mana dia menjelaskan bahawa dia terdengar bunyi retakan yang kuat semasa melakukan percubaan terakhir.
Menurutnya, ini bukan kali pertama dia mencuba untuk menggembirakan dirinya dengan cara ini dan menjelaskan bahawa ramai lelaki yang telah mencubanya sekurang-kurangnya sekali.
Lelaki yang tidak dikenali identitinya itu mendakwa, setiap percubaannya sebelum ini berjaya, tetapi percubaannya yang baru-baru ini berakhir dengan kesakitan yang luar biasa.
"Ketika bersiap untuk melakukan perbuatan itu, saya melakukan regangan badan supaya badan menjadi lebih anjal. Tiba-tiba saya terdengar bunyi retakan yang sangat teruk di bahagian belakang dan dalam masa sama saya mengalami kesakitan yang tidak terkata di belakang badan.
Saya langsung tidak dapat berdiri, mahupun menggerakkan badan saya. Saya betul-betul rasa lumpuh," katanya.
Keadaan itu memaksa dia merangkak ke dapur untuk mengambil ubat tahan sakit dan duduk di atas katil selama 20 minit sehingga dia kembali merasai anggota badannya. Sejak dari kejadian itu, dia mengalami kesakitan di bahagian belakang badan.
"Setiap kali seseorang bertanya kepada saya bagaimana saya boleh mencederakan bahagian belakang, saya beritahu mereka yang saya menyakiti diri sendiri semasa bersenam.
"Saya benar-benar mahu mencubanya sekali lagi tetapi saya tidak fikir ia adalah idea yang paling cemerlang. Saya berpotensi terpaksa hidup dengan kesakitan ini sepanjang hayat saya kerana kesilapan itu," katanya.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/fxau3A5
via IFTTT
No comments:
Post a Comment