loading...
  • Breaking News

    Friday, February 11, 2022

    (Video) 'Itu tempat parking, bukan tempat niaga!' - Wanita dipukul kerana tegur peniaga salahguna petak parkir


    Tular di media sosial semalam video pergaduhan di antara peniaga dan orang awam gara-gara tidak berpuas hati ditegur jangan berniaga di tempat letak kereta. 


    Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu dipercayai berlaku di utara tanah air pada jam 2.07 petang 8 Februari lalu. 


    Video menunjukkan peniaga wanita terbabit memunggah barang niaganya dari kereta pacuan empat roda, sementara rakan niaganya sedang menutup payung besar. Tidak berapa lama kemudian, datang sebuah kenderaan yang ingin masuk ke parkir itu, tetapi terhalang disebabkan tindakan peniaga berkenaan. 


    Penumpang kereta keluar dan menegur kesalahan pasangan berkenaan yang jelas sekali menyalahgunakan dua petak parkir tersebut yang merupakan kemudahan awam. Namun begitu, teguran tidak diendahkan. Dia turut menolak kotak putih milik peniaga itu ke bawah meja sebelum meminta rakannya masuk ke petak parkir itu. 


    Hal itu menyebabkan peniaga terbabit tidak berpuas hati dan menegaskan dia perlukan kawasan itu untuk meletakkan barang niaganya. Kedegilan peniaga itu membuatkan pemandu kereta Perodua Axia terpaksa mengalah dan mencari petak parkir yang lain. 


    Berdasarkan bahasa badan peniaga itu, jelas kelihatan dia tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dan berkemungkinan telah melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap dua orang awam berkenaan. 


    Tidak cukup dengan itu rakan niaganya pula datang mengeruhkan lagi keadaan dengan menendang kotak putih berisi buah limau di hadapan rakan kepada pemandu Axia yang masih berada di situ, sebagai tanda provokasi. Tindakannya mengundang kemarahan wanita itu yang kemudian menendang kotak yang sama dan tercetuslah perang mulut di antara mereka. 


    Keadaan menjadi lebih teruk apabila peniaga terbabit mula melempar barang niaganya sehingga terkena pada kaki wanita itu. Berang dengan apa yang berlaku, wanita itu pula membuang semua barang niaga di atas meja. 


    Bengang melihat rakan niaganya 'diserang', peniaga lelaki itu tadi terus berlari dan menolak wanita berkenaan sehingga terjatuh. Berlaku insiden tolak menolak sehingga orang lain terpaksa datang menghalang mereka bertiga dari terus bergasak. Datang seorang lelaki yang dipercayai pemandu Axia, mempertahankan rakannya dari diserang dua peniaga terbabit. 



    Tidak diketahui apa yang berlaku seterusnya tetapi netizen di media sosial menyelar tindakan peniaga itu yang jelas sekali tidak sedar akan kesilapan sendiri menyalahgunakan petak parkir yang sepatutnya menjadi tempat letak kereta, bukannya untuk berniaga. 


    Selain itu, netizen turut mempertikaikan di mana keberadaan pihak berkuasa yang tidak menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan sehingga menyebabkan peniaga dengan sewenang-wenangnya berbuat sesuka hati. 



    from The Reporter https://ift.tt/swuyx8W
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment