Susulan tular video sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi ditunggang secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang, polis telah mengenal pasti individu terbabit.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, individu-individu terbabit telah dikenal pasti berdasarkan nombor pendaftaran motosikal dalam video viral tersebut.
"Polis akan mengesan penunggang-penunggang motosikal berkenaan bagi melengkapkan siasatan. Satu laporan diterima dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Inspektor Hamizah Ahmad Rosli d talian 013-2064682.
Di media sosial, netizen turut mengecam tindakan penunggang motosikal terbabit yang dikatakan tidak bertanggungjawab dan membahayakan pengguna jalan raya lain.
"Dah rasa amalan yang awak buat semua dah cukup ke bang? Ingatlah keluarga, ibu bapa awak sama. Kalau jatuh mati terus tak apa. Tapi kalau hilang salah satu anggota badan, siapa susah? Ibu bapa atau isteri kalau sudah berkahwin. Nak berseronok boleh, tetapi ingatkan orang tersayang," kata Rokiah.
"Itu kalau jatuh, berselerak tulang belakang dengan tulang rusuk. Jenuh pula polis, bomba dan orang awam kena tolong kutip. Belum lagi kepala terpelanting masuk dalam laut," kata Norazarina.
"Diorang ni geng kayangan. Kesedapan dunia layan dengan kawan-kawan. Bersepah atas jambatan tu nanti, meninggal satgi, tak dan mengucap seksa kubur seorang-seorang. Family akan ingat sampai bila-bila, arwah meninggal sebab berjuang di atas jalan raya," perli Ah Gee.
Sumber: Kosmo, Penang Kini
from The Reporter https://ift.tt/qMGnLe8 Superbike menunggang secara berbahaya di Penang Bridge untuk raih like di media sosial.html
via IFTTT
No comments:
Post a Comment