Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, mana-mana individu tanpa mengira usia yang tidak divaksinasi adalah kumpulan yang paling berisiko dijangkiti virus Covid-19 dengan simptom serius yang boleh menyebabkan kematian.
Menurut rekod yang dikumpul Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kumpulan yang tidak divaksinasi mengalami jangkitan pada kategori empat dan lima, serta mati.
Berbeza dengan individu yang menerima vaksin dos penggalak (booster), merupakan kumpulan yang terlindung dan kurang kes dijangkiti melibatkan kategori tiga, empat dan lima.
"Kumpulan yang lengkap dos vaksin penggalak mengalami kurang risiko berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi dan kumpulan lengkap divaksin tetapi tidak lengkap dos penggalak.
"Ini jelas menunjukkan vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius Covid-19," katanya.
Justeru, beliau menggesa mana-mana individu dewasa yang berkelayakan tetapi masih belum mendapatkan suntikan vaksin dos penggalak, segera mendapatkannya dari pusat pemberian vaksin terdekat secara walk in.
Bagi mereka yang telah mendaftar, dimohon untuk hadir ke slot temujanji yang telah ditetapkan.
Sumber: Utusan Online
from The Reporter https://ift.tt/7AOUCd9
via IFTTT
No comments:
Post a Comment