loading...
  • Breaking News

    Saturday, February 12, 2022

    Abang pukul adik perempuannya sampai mati kerana lakukan hubungan seks dengan lelaki lain di rumah semasa dia tidur


    Seorang lelaki Texas yang didakwa melakukan hubungan seks dengan adik perempuannya sendiri didakwa memukulnya sehingga mati menggunakan kayu besbol selepas mengetahui adiknya tidur dengan lelaki lain di rumah mereka ketika dia sedang tidur.


    Jose Manuel Guzman, 32, ditahan dengan bon $1 juta dan menghadapi tuduhan membunuh selepas didakwa membunuh adiknya pada 2 Februari di kediaman mereka atas motif cemburu, kata Pejabat Peguam Daerah El Paso.


    Pendakwa raya berkata, Guzman yang berasal dari Guatemala dan pemastautin Amerika Syarikat yang sah, tinggal di El Paso sejak berusia tiga tahun dan baru-baru ini mengetahui dia mempunyai adik perempuan yang dilahirkan di Guatemala, lapor El Paso Times. 


    Adik-beradik itu kemudian tinggal bersama dan melakukan hubungan seksual, kata Penolong Peguam Daerah John Briggs. 


    Pendakwa raya berkata, pada 1 Februari, Guzman dan adik perempuannya bertengkar dan lelaki berusia 32 tahun itu menumbuknya menyebabkan salah satu giginya patah. 


    Keesokan harinya, Guzman memberitahu detektif yang dia terjaga dari tidur dan merasakan seperti ada orang lain di rumahnya. Apabila diperiksa, dia mendapati adiknya sedang melakukan hubungan seks dengan lelaki lain ketika dia sedang tidur.


    Guzman terus menyerang mereka dan memukul dahi mangsa menggunakan 'alat mengurut' dan kayu besbol yang menjadi punca kematian mangsa. 


    Guzman kemudian menghubungi ibunya dan pihak berkuasa. Guzman cuba mengelap darah apabila dia terdengar bunyi siren polis sebelum melarikan diri. 


    Polis menemui kayu besbol, alat mengurut dan pakaian dalam bakul dobi serta beg galas yang mempunyai tin Pringles mengandungi pek kokain dan methamphetamine. 


    Selepas didakwa pada 3 Februari, Guzman mengaku melakukan pembunuhan itu. Malah dia mengaku menghisap ganja dan methamphetamine setiap hari. 


    Pendakwa raya berkata, Guzman yang disyaki sebagai pengedar dadah mempunyai rekod jenayah pada tahun 2017 di mana dia didakwa mematahkan lengan seorang lelaki menggunakan kayu besbol, terbabit dalam kes keganasan keluarga dan memiliki dadah. 


    Pada tahun 2018, Guzman tidak hadir untuk perbicaraan dalam satu kes, tetapi kemudian dibebaskan dengan bon. Hakim Majistret Ruben Nunez mengekalkan bon itu pada $1 juta, memetik sifat jenayah dan rekod jenayah Guzman. 


    Sumber: Daily Mail



    from The Reporter https://ift.tt/NFzaZP0
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment