Dua tentera Rusia berhampiran Kharkiv meninggal dunia selepas memakan roti berisi racun yang diberi oleh rakyat Ukraine, dakwa agensi perisikan Ukraine.
Dua tentera berkenaan dari 3rd Motor Rifle Division, meninggal dunia serta-merta selepas makan roti tersebut yang diberi oleh warga Izium, menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Direktorat Perisikan Utama Ukraine, di Facebook pada Sabtu lalu.
Sementara itu, 28 lagi tentera Rusia sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) akibat keracunan makanan dan beberapa ratus tentera lain turut mengalami masalah kesihatan yang teruk selepas minum alkohol yang diberikan kepada mereka oleh orang awam.
"Rakyat Ukraine menentang penjajah dengan apa jua cara yang ada. Menurut maklumat yang diterima, penduduk tempatan di daerah Izium (wilayah Kharkiv) 'melayan' orang Rusia dari 3rd Motorized Rifle Division, Persekutuan Rusia dengan pai beracun.
"Akibatnya, dua tentera Rusia meninggal dunia serta-merta, 28 lagi dibawa ke unit rawatan rapi, 500 lagi tentera dari divisyen berkenaan berada di hospital akibat keracunan alkohol yang teruk," kata kenyataan itu.
Sabotaj itu adalah kempen terbaru Ukraine dalam usaha menentang percubaan Rusia menawan bandar mereka.
Izium dijangka akan menyaksikan lebih banyak pertempuran dalam beberapa minggu akan datang kerana Putin bermati-matian menawan daerah itu bagi membolehkan tenteranya menggunakan daerah tersebut sebagai pangkalan untuk serangan berterusan ke Donbas, selain membolehkan Putin membekalkan semula tenteranya ke bandar berhampiran dengan sempadan Rusia.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/CKA6GWk
via IFTTT
No comments:
Post a Comment