Seorang wanita berusia 19 tahun mendakwa telah dicabul dan disamun oleh pemandu e-hailing dalam kejadian jam 9 pagi Khamis, di Kampung Kobuni, Inanam, Sabah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, mangsa yang bekerja sebagai jurujual menempah perkhidmatan tersebut untuk pergi ke tempat kerjanya di Manggatal.
Pemandu e-hailing yang dikenali sebagai Zahir, kemudian menggunakan laluan alternatif dengan alasan mahu mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Suspek kemudian meminta mangsa pindah ke tempat duduk penumpang hadapan. Mangsa akur dan sebaik saja duduk di hadapan, suspek memegang paha mangsa.
Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa memberi amaran kepada suspek agar jangan menyentuhnya. Suspek kemudian mengeluarkan pisau kecil daripada beg dan meminta mangsa menyerahkan wang.
Bimbang akan keselamatan diri, mangsa nekad melompat keluar dari kereta Perodua Axia itu dan terjatuh ke jalan raya yang menyebabkan kakinya mengalami kecederaan teruk.
Mangsa segera menghubungi rakannya untuk meminta bantuan sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. Jam 1.14 tengah hari, mangsa membuat laporan di Balai Polis Inanam.
Semakan awal pihak polis mendapati, nombor pendaftaran kenderaan suspek adalah palsu dan didaftarkan ke atas sebuah kereta jenis Proton Saga.
Kejadian itu turut dikongsi oleh majikan mangsa, di Facebook.
"Staff saya tak jadi turun kerja gara-gara di hampir kena rogol oleh pemandu e-hailing. Dia bertindak melompat dari kereta yang sedang bergerak dan mengalami kecederaan," katanya.
Polis masih menjalankan siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumt untuk tampil menghubungi pegawai penyiasat di IPD Kota Kinablu, Inspektor Riduan Abd Majid di taliang 010-5144059 untuk membantu siasatan.
Sumber: Portal Deasoka, FB Chris Yan
from The Reporter https://ift.tt/fxDER4g
via IFTTT
No comments:
Post a Comment